CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Kaki Hampir 4 Kilometer Bawa Mayat Anak Dalam Beg

14-12-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1283| Komen: 8

Entah apa merasuk seorang lelaki yang tergamak membunuh anak sendiri sebelum menanam mayat kanak-kanak itu di tepi anak sungai di Jalan Bellamy bagi menyembunyikan tembelang jahatnya.


Difahamkan, dia membunuh mangsa berusia sembilan tahun itu selepas tidak tahan mendengar mangsa menjerit ekoran didera dan dipukul secara kejam olehnya.

Mayat mangsa kemudian disumbat ke dalam beg lalu dibawa dengan ke lokasi tersebut dengan berjalan kaki. Jarak rumah sewa mereka di Jalan Pudu dengan Jalan Bellamy kira-kira 3.8 kilo­meter (km).


Garisan polis masih ada ketika Kosmo! membuat tinjauan semula di lokasi suspek menanam mayat anaknya di tepi sungai di Jalan Dusun Bandar, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.


Suspek berusia 40 tahun sebelum itu memukul mangsa dengan tali pinggang, menyimbah anak­nya dengan air panas selain memi­jak badan dan mencekik leher kanak-kanak malang tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perbuatan kejam itu terbongkar selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada isteri suspek Jumaat lalu.

Katanya, dalam laporan itu, wanita berusia lingkungan 40-an itu mengadu mengenai anaknya yang berada dalam keadaan lemah dan mulut berdarah selepas didera oleh suaminya.

“Wanita itu menyedari anaknya didera sebaik pulang kerja pada pukul 7 malam di kediaman mereka di Jalan Pudu di sini.

“Polis kemudian menangkap suspek pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin (Ahad) di Jalan Pasar Pudu. Soal siasat kemudian membawa polis ke lokasi dia menanam mayat anaknya berhampiran sebuah tempat riadah di Jalan Dusun Bandar, Jalan Bellamy,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Noor Dellhan, pihaknya turut menemui sebuah beg yang ditanam di dalam anak sungai tersebut dan seluar jeans yang digunakan suspek semasa menanam mayat anaknya.

Ketika ditangkap, polis turut merampas wang RM200 di dalam beg duitnya dan sebuah telefon bimbit.

Tambahnya, soal siasat mendapati mangsa tidak pernah membuat perangai tetapi suspek bertindak demikian kerana tertekan ekoran tidak mempunyai pekerjaan dan mengalami kesempitan wang.

“Bukan sahaja mangsa, suspek juga mendera isteri dan seorang lagi anaknya yang berusia lima tahun. Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah pada bahagian abdominal akibat dihentak de­ngan objek tumpul,” katanya.

Ujar Noor Dellhan, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 448/379 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh rumah dan curi, namun telah dihukum.

“Satu lagi kes bersabit kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan,” katanya.

Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

 
Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 14-12-2022 11:02 AM
somi pendadih ke kelly eng?lain maciam lak ni..hmm..takpe la nak, damailah di syurga sana..hidup kat dunia asyik kena pukul je kan..hmmm
Quote Themilo 14-12-2022 11:21 AM
allahu, tak mampu weols nak habiskan baca artikel ni.. budaknya tu sebaya dengan anak sedara weols.. harap bapaknya tu dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Quote alieyrina 14-12-2022 12:39 PM
Babi betui. Tanam pulak jantan ni hidup2 nak tengok
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 12:41 PM
Tazzangka ada Jalan Bellamy, teringat pulak akak dengan belamionline.com
Quote prince_marhaen 14-12-2022 12:43 PM
tak berat pulak beg budak dah besar 9 tahun..darjah 3 kan... beg apa? lugagage ke duffle bag? ke dia potong2? eiiiii...babikk lah serammm dah tempat tu dah la shortcut lalu KL..

sekarang tak berani pulak reporter tulis kelly eng ke, bukit ke, kan... kalau kelantan...laju je headline LELAKI KELANTAN bla bla bla...atau PAK USTAZ, ATAU LELAKI MELAYU.... reporter bias pengecut mampu kutuk bangsa ngan agama sendiri je..
Quote fefeeling 14-12-2022 12:45 PM
Adui jln bellamy.. port makan ikan bakar yg ko pegi buat hal
Quote PetitionWriter 14-12-2022 01:06 PM
mamajawie replied at 14-12-2022 11:02 AM
somi pendadih ke kelly eng?lain maciam lak ni..hmm..takpe la nak, damailah di syurga sana..hidup kat ...

kelly ng??

kohkohkohkohkohkoh

teringat @Modngengade pujaan hati kanda @stingergrumpy

kihkihkihkihkih
Quote boo04 9-12-2024 08:00 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042720 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top