CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bukannya Pakai Mekap, Bukannya Pakai Bra"- Cikgu Ery Pakai Ihram Di Makkah Tapi Muka Dan Suara Macam Wanita Buat Ramai Keliru

14-12-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6283| Komen: 63

Berpakaian ihram seperti lelaki mengerjakan umrah, namun wajah dan suaranya persis wanita mencetuskan tanda-tanya.

Video seorang jemaah berdiri di hadapan Kaabah sambil melahirkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci disalaherti oleh segelintir netizen.


"Lelaki ke perempuan?

"Dengar suara perempuan, confused," demikian antara komen netizen.




Hasil semakan mendapati kisah jemaah umrah ini pernah tular kerana dia merupakan mak nyah yang kembali ke pangkal jalan.

Bercakap kepada mStar dari Makkah, jemaah berkenaan, Mohd Khariri Mohamad Ramli berkata, dia tiba di Tanah Suci pada 8 Disember lalu dan ia merupakan kali ketiga dia mengerjakan umrah sejak 2012.


Katanya yang mesra disapa Cikgu Ery, ketiga-tiga umrahnya dilalui dengan dugaan dan rintangan yang berbeza-beza.



"Untuk umrah kali ini, ujiannya lagi dahsyat. Sebelum ini kes-kes yang melibatkan usahawan kosmetik dan pengkid, jadi tempias tu berlaku pada saya.

"Setiap kali nak masuk (tempat), saya diperiksa. Iyalah, muka saya muka operate, body operate. Jadi ini 'tinggalan sejarah', saya bekas mak nyah.

"Tapi saya bukannya pakai jubah perempuan, bukannya pakai mekap, bukannya pakai bra (cuma) wajah persis wanita dan suara seakan-akan wanita," katanya ketika dihubungi mStar.



Tambah Cikgu Ery, 45, sungguhpun berdepan ujian dia tetap positif kerana yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Saya yang sentiasa positif, apa yang berlaku sama ada baik atau buruk, ada hikmah di sebaliknya dan ujian itu sebagai satu nikmat.

"Bagaimanapun umrah kali ketiga ini membuatkan saya lebih tenang walaupun menghadapi pelbagai kesulitan, cabaran dan ujian. Saya anggap ini sebagai satu nikmat.

"Syurga Allah itu mahal. Jadi saya tidak pernah berputus asa dan saya ambil apa yang berlaku ini sebagai satu ibrah," kata Cikgu Ery yang merujuk ibrah sebagai pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehidupan sendiri seperti ujian dan musibah.

Berasal dari Ipoh, Perak, dia mengakui kes tular seorang pengkid berihram di Tanah Suci dan usahawan kosmetik memakai telekung di Madinah dan Makkah sebelum ini ternyata memberi impak kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk berhijrah.



"Saya rasa apa yang berlaku sebelum ini melibatkan rakyat Malaysia dalam kalangan LGBT memberi impak negatif kepada golongan itu yang nak berhijrah.

"Kalau tak kuat, tak kental, mereka akan tertekan. Apabila balik Malaysia dan kembali menjadi lebih teruk daripada sebelum ini. (Nasihat saya), back to Islam. Untuk berubah kita kena kenal Islam," katanya yang turut terlibat dengan aktiviti dakwah bersama golongan mak nyah dan warga emas.

Mengenai keliruan segelintir netizen terhadap jantinanya, aktivis dan jurulatih senaman itu bagaimanapun tidak melatah dan menganggap mereka tidak mengenalinya lebih dekat.

Malah, sepanjang penghijrahannya selama hampir 12 tahun, dia akui berhadapan dengan banyak tentangan, kecaman dan fitnah daripada segelintir masyarakat.

"Tak kenal maka tak cinta. Kalau ada orang yang keliru tentang saya, lelaki ke perempuan, insyaAllah lama-kelamaan mereka akan kenal saya sebab saya melakukan transformasi (hijrah).

"Sekarang saya aktif sebagai coach senaman, imej saya nampak lebih moden dan ala Kpop. Tapi macam tak jadi Kpop, mungkin nampak lebih feminin.

"Namun, saya tidak berpakaian seperti wanita, tak pakai bra, tak pakai mekap. Jadi 'tinggalan sejarah' itulah yang menyebabkan orang keliru," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bunnyj3lly 14-12-2022 11:18 AM
Nape cikgu Ery tak buang je tinggalan sejarah tu? Operate balik jadi keadaan asal. Bonjoi tak pakai bra pun nanti jejantanz akan naik syahwat. Lelaki kat Malaysia ni tak boleh lepa sikit.
Quote Themilo 14-12-2022 11:32 AM
weols kekadang keliru juga dengan heshe ni.

Asal bukak tiktok, ada je live sheols dari tanah suci. siap warning kepada haterzzz. Ada video live tengah berdoa dalam masjid, ada live bersiap dalam bilik sebelum ke masjid, ada live tengah makan la.

ikutkan bisikan hati weols ni kang... erm, baik pendamkan je la
Quote sufi^_^ 14-12-2022 11:43 AM
Themilo replied at 14-12-2022 03:32 AM
weols kekadang keliru juga dengan heshe ni.

Asal bukak tiktok, ada je live sheols dari tanah suci. ...

bisikan hati ko mungkin sama dengan bisikan hati aku hahahaha, kita pendam jelah. Kang orang kabo busuk hati dengki pulak tengok dia gi umrah.
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 11:45 AM
Tulennn ke banggg?
Quote Themilo 14-12-2022 11:52 AM
sufi^_^ replied at 14-12-2022 03:43 AM
bisikan hati ko mungkin sama dengan bisikan hati aku hahahaha, kita pendam jelah. Kang orang kabo  ...

weols ok ja kalau ada ambik gambar, video kat sana. Tapi perlu ke sesi live persis CNN?
Quote Kak-Rohana 14-12-2022 12:01 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 11:45 AM
Tulennn ke banggg?

3rd gender..
Quote Suchi 14-12-2022 12:01 PM
Iols belum berpeluang buat umrah jd taktau ibadah ni cemana sbb selama ni iols igt kat sana mmg kena pokus ngn ibadah jela kan tp tgk org leh buat video bagai. Sapa yg ambilkan video? Kalau buat live tepon tu letak kat tripod la kan? Boleh eh wat gitu kat sana.
Akhir2 ni iols perasan owner butik ramai pi umrah pastu byk la video reel cantik2 dorang amik sambil promo jubah yg dorang pakai tu.
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 12:05 PM
Suchi replied at 14-12-2022 12:01 PM
Iols belum berpeluang buat umrah jd taktau ibadah ni cemana sbb selama ni iols igt kat sana mmg kena ...

Family akak nak pergi buat 'umroh tahun depan tapi akak takut nak  naik kapal terbang lah
Quote pooh~key 14-12-2022 12:10 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 12:05 PM
Family akak nak pergi buat 'umroh tahun depan tapi akak takut nak  naik kapal terbang lah

Jangan lupa buang dulu ketet pelsu kau sister.
Quote laksmanabentan 14-12-2022 12:44 PM
kelass spek mata tu?? nak pergi umrah ker nak pergi pantai pakai spek mcm tuh... hihihi...

satu lagi nak tanya, rambut tu warna hitam ker perang ekkk... hihihi...
Quote prince_marhaen 14-12-2022 12:47 PM
balik malaysia tetap menonok jua berzumba pakai legging pompuan bagai..aww sana aww sini...pastu live 24jam macam setazah semah ketut faraj tu... ntah bilanya beribadah ntah..
Quote fefeeling 14-12-2022 12:49 PM
Themilo replied at 14-12-2022 11:32 AM
weols kekadang keliru juga dengan heshe ni.

Asal bukak tiktok, ada je live sheols dari tanah suci. ...

Aku kadang2 tertanya nape takde apa2 pun bala Allah turunkan macam cite mastika dulu2? Elok je berkali2 diorang ni pegi mekah cam pegi london je dibuatnya..
Quote nolya 14-12-2022 01:59 PM
Sesape yg ada peluang pergi umrah, pergilah.  Namun betulkan dulu niat umrahya iaitu semata2 kerana Allah swt, (100%), buka kerana famili dn kekawan dah pergi. Carilah Islam di hdpn Baitullah, carilah dn kenalilah jatidiri sbg ummat yg bersyahadah kerana rahsianya ada di sana. Intai2lah pengalaman haji kecil serta cuba mengenali erti kpd Rukun Islam yg lima.

Quote Kurex 14-12-2022 02:21 PM
Malas nak luahkan yg terbuku di hati... Walaupun aku tau yg kau.... Tapi semoga beritiqamah
Quote Kancilkering 14-12-2022 02:24 PM
macam editor majalah nona tu…pergi mekah lelaki balik jadik puang…….
Quote tobobon 14-12-2022 02:32 PM
Themilo replied at 14-12-2022 11:52 AM
weols ok ja kalau ada ambik gambar, video kat sana. Tapi perlu ke sesi live persis CNN?

walau dah insofff, naluri kepondanan..always seeking attention tetaaaappp yachhhh....
xpela..asalkan heols x buat benda2 yang haram ...ok jerla...
Quote Beribear 14-12-2022 03:10 PM
Suchi: Iols belum berpeluang buat umr ...


Iolss tolong jawab lah.. Mmg boleh pon nak rekod tp lepas umrah pertama lah salu org buat. Sbb umrah pertama tu mmg tak sempat nak rekod apa². Lepastu boleh g tawaf sunat time tu ramai je rekod. Kita g sana mmg awal² niat nak beribadah & ziarah so hanya Allah je yg dpt menilai kita & Allah je yg tentukan ibadah kita di terima ke tak. Tp salunya yg g umrah ni tak banyak sgt dok kat 2 masjid utama ni sbb keluar ziarah tempat² & masjid² lain. Kalau betul² nak dok beribadat kat situ kena buat haji yg ikut tabung haji. Haa yg tu mmg lama lah dok kat masjidil haram tu. Nak g mana² pandai² lah sendiri tu yg ramai org² tua dok je kat masjid time haji
Quote lasagna 14-12-2022 03:18 PM
Themilo replied at 14-12-2022 11:32 AM
weols kekadang keliru juga dengan heshe ni.

Asal bukak tiktok, ada je live sheols dari tanah suci. ...

yaa btul, baik kita pendamkan sajork. harap heshe istiqomah lah.. bkn skali, dh 3 kali dia dijemput ke rumah Allah.

jadi jgn sia-sia kan jemputan special ini.. tp mebi kali ni, Saudi dah lebih berhati2.
Saudi dh cukup salute dgn TH Msia ni, kot byk kali wat hal bkn2, susah laa.
moga iols dijemput semula ke haramain, insyaAllah.
Quote lasagna 14-12-2022 03:21 PM
Beribear replied at 14-12-2022 03:10 PM
Iolss tolong jawab lah.. Mmg boleh pon nak rekod tp lepas umrah pertama lah salu org buat. Sbb umr ...

iols tak sempat laa nak record2 ni, masa buat 1st umroh dlu kita pya lahh kosentrate. nk kuar kan fon pun pyh, tu br lah kusyuk. dah buat yg 3,4 kali br kesempatan nak snap2 itu pun ustad pesan toksah beriya sgt.. huhu

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.157837 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top