CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahu Hamil, Tiba-Tiba Beranak Dalam Tandas Pesawat

13-12-2022 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1827| Komen: 14

QUITO, Ecuador – Seorang wanita dari Ecuador terkejut apabila dia melahirkan anak di dalam tandas sebuah pesawat kerana tidak menyedari dirinya telah hamil, lapor akhbar Daily Star semalam.


Tamara telah melakukan perjalanan ke Madrid, Sepanyol dengan menaiki penerbangan syarikat KLM Belanda yang perlu melakukan transit di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

Ketika kejadian, dia pergi ke tandas kerana mengalami sakit perut hanya beberapa jam sebelum pesawat itu tiba di lapangan terbang tersebut.


Foto: CEN

Tamara bernasib baik kerana terdapat dua doktor dan seorang jururawat di dalam penerbangan itu datang untuk membantunya.

Syarikat penerbangan mempunyai polisi ketat yang melarang wanita sarat daripada terbang kerana risiko dan bahaya untuk bersalin di udara.


Dia sangat berterima kasih atas bantuan mereka sehingga menamakan anaknya, Maximiliano sempena nama salah seorang doktor dalam penerbangan itu.

Sebaik sahaja mereka mendarat di Belanda dengan selamat, Tamara dan bayinya dibawa dengan ambulans ke hospital Spaarne Gasthuis Haarlem South yang terletak di barat Amsterdam.

Jurucakap syarikat penerbangan mengesahkan bahawa ibu dan bayi itu berada dalam keadaan baik.

Mereka kini menunggu kertas kerja rasmi untuk bayi itu disiapkan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Madrid. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 14-12-2022 05:35 AM
Nanti anak dapat tak naik kapal terbang free seumur hidup?

Quote Buritan 14-12-2022 08:09 AM
Perawankota: Nanti anak dapat tak naik kapa ...


Dptla kott.. tak pun terus ajo bdk tuu jd pilot aje laa..
Quote dua_chzy 14-12-2022 09:49 AM
Baby dan mak sihat sejahtera pula tu. Some piple are so lucky.
Quote dua_chzy 14-12-2022 09:50 AM
Camna ko boleh tak tau ko preggy? Baby dok dendiam tak tendang2 ka gerak2 dalam perut?
Quote rosedemon 14-12-2022 10:04 AM
cam menipu je xtau. hang menipu sbb nak naik flight kan
Quote sangbara2020 14-12-2022 10:07 AM
kejadah xtau hamil nih dh tersebar seluruh alam ke...aritu kat msia..
hati2 uolls....check bebetul kalau sakit perut..ingatkan nak membuang skli terberanak
Quote Cassieopeia 14-12-2022 10:44 AM
makin kerap plak kes tak sedar mengandung alih2 bersalin. untungnya xde alah, kaki kram bagai mcm kite ni..
Quote sharlenetexas 14-12-2022 10:45 AM
Selalu cite dari indon.


Quote lifeline 14-12-2022 10:52 AM
aku mengharap sgt perut boroi aku ni tiba2 eh pregnant tak sedar pon hahahahhahaa

ye la ada sesetengah org sgt2 bertuah kan

Quote babelina 14-12-2022 11:23 AM
akk ipar kwn aku 50thn, dia ingt dia dh menopause, x period2.. dh bermenantu.. n menantu dia baru jer pregnant..
alih2 mlm sblm dia nk fly bcuti ngn laki dia.. dia sakit perut sampai msuk hspital. Plot twist nya dia dh nk beranak rupanya.. dh 8 bln lbh.. dia mmg chubby2 pn.. x sakit x alah..
kwn aku nie htr la wassap minta doakn bby akk dia sihat sbb nafas lemah.. alhmdulillah sihat dh bby tu.. dh nk masuk 4 5bln kot..
dorg adik beradik gelak2.. akk ipar n abg dia malu2 dpt ank lg hahaha.. comel btl..
Quote Suchi 14-12-2022 12:16 PM
lifeline replied at 14-12-2022 10:52 AM
aku mengharap sgt perut boroi aku ni tiba2 eh pregnant tak sedar pon hahahahhahaa

ye la ada seseten ...

Hahah cer raba2 skit kot terasa ada kepala baby ke apa. Nak lagi detail pi scan mana laa tauu nampak baby wat spraissss
Quote lifeline 14-12-2022 01:18 PM
Suchi replied at 14-12-2022 12:16 PM
Hahah cer raba2 skit kot terasa ada kepala baby ke apa. Nak lagi detail pi scan mana laa tauu namp ...

hahahahha bestnya chuols kalau betul
iols lah org paling bahagia dalam dunia hehehehe
Quote boo08 5-12-2024 08:00 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:00 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.254479 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top