CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah! Duduk Sama Tapi Tak Bercakap, Telefon Bimbit Jejas Hubungan Suami Isteri

13-12-2022 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 657| Komen: 1

NEW DELHI – Walaupun telefon pintar menjadi sebahagian daripada rutin harian namun penggunaannya secara berlebihan didapati boleh menjejaskan hubungan pasangan suami isteri di India, demikian menurut kajian oleh pembuat alat komunikasi pintar, Vivo seperti dilaporkan portal berita udayavani semalam.


Kajian berjudul ‘Switch Off’ atau ‘Matikan’ itu dijalankan dengan pihak Research Cybermedia mengenai telefon pintar dan kesannya kepada hubungan manusia pada tahun ini.

Dalam kajian itu, ia mendapati bahawa sebanyak 67 peratus orang mengaku menggunakan telefon pintar walaupun sedang bersama pasangan masing-masing.

Namun, sebanyak 89 peratus responden berkata, mereka meluangkan lebih masa sedikit untuk terlibat dalam perbualan santai dengan pasangan masing-masing.


Gambar Hiasan, AFP


Penemuan itu juga menunjukkan bahawa majoriti pengguna telefon pintar bersetuju bahawa penglibatan secara peribadi adalah lebih santai dan mereka menghabiskan lebih sedikit masa untuk melakukan perkara yang sama.

“Lapan puluh empat peratus responden ingin meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan mereka. Orang ramai menerima masalah dan bersedia untuk berubah.  Sebanyak 88 peratus responden bersetuju bahawa peningkatan penggunaan telefon pintar menjejaskan hubungan dengan pasangan mereka,” kata kajian tersebut.

Menurut penemuan itu, secara purata, 4.7 jam dihabiskan untuk telefon pintar pada setiap hari oleh responden dan keadaan itu adalah untuk para suami dan isteri. 

Selain itu, sebanyak 73 peratus responden menerima bahawa pasangan masing-masing mengadu tentang sikap keterlaluan mereka menggunakan telefon dan bukannya menghabiskan masa bersama-sama.

Kajian itu mendedahkan bahawa sebanyak 70 peratus orang menjadi jengkel apabila pasangan masing-masing meminta sesuatu ketika mereka ‘asyik’ dengan telefon pintar mereka. 

Menurut kajian itu lagi, sebanyak 66 peratus orang merasakan bahawa penggunaan telefon pintar yang berlebihan telah melemahkan hubungan dengan pasangan mereka.

Kajian itu telah dijalankan berdasarkan tinjauan terhadap 1,000 pengguna di seluruh Delhi, Mumbai, Kolkata, Chennai, Hyderabad, Bangalore, Ahmedabad dan Pune. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 14-12-2022 10:04 AM
byk terjadi masa kini. mmg kurang bercakap lagi sonok nyembang kat tenet

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045699 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top