CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kali Lebih Tinggi Daripada Gunung Snowdon, Arab Saudi Nak Bina Bangunan Tinggi 2 Kilometer

13-12-2022 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2488| Komen: 26

LONDON – Berdiri enam kali ganda lebih tinggi daripada bangunan The Shard, London dan dua kali lebih tinggi daripada Gunung Snowdon, Arab Saudi mampu untuk membina struktur ‘Megascraper’ atau bangunan tertinggi di dunia, lapor portal berita The Sun.


Rancangan sedang dirangka untuk membina menara setinggi 2,000 meter yang akan menjadi pusat pembangunan semula besar-besaran di ibu kota Saudi, Riyadh sekali gus akan menjadi salah satu struktur buatan manusia terbesar sepanjang zaman.

Bangunan itu akan menelan kos anggaran sebanyak £4 bilion (RM21.76 bilion) untuk dibina dan membuka ruang kepada pereka bentuk bagi mencipta struktur mega dalam satu pertandingan reka bentuk.


Foto: AFP

Struktur mega itu akan memiliki tinggi lebih dua kali ganda daripada bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emirah Arab Bersatu (UAE), lapor syarikat media MEED.


Jika siap dibina, struktur tersebut akan menyebabkan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat (AS) dan Britain bakal menjadi kerdil.

Ini adalah kerana bangunan tersebut akan menjadi hampir empat kali ganda lebih tinggi daripada One World Trade Centre dan 20 kali ganda ketinggian Big Ben di London.

Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar mentakrifkan bangunan ‘supertall’ atau dianggap ketinggian luar biasa apabila mencapai ketinggian melebihi 300 meter.

Struktur lebih 600 meter pula dilabel ‘megatall’ atau bangunan mega, menurut majlis bangunan tersebut.

Walaupun terdapat 173 bangunan dengan ketinggian luar biasa, kini hanya terdapat empat struktur mega tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa(Dubai); Merdeka 118 (Kuala Lumpur); Menara Shanghai (Shanghai) dan Menara Jam Diraja Mekah.

Lapan firma telah dijemput untuk menyertai pertandingan reka bentuk yang dijalankan oleh Public Investment Fund (PIF) atau Tabung Pelaburan Awam, Arab Saudi. – CARI

Sumber: Kosmo/AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 13-12-2022 10:43 PM
tingkat plg atas tu still cukup oxygen nk bernafas ke nanti?
Quote jazaa100 13-12-2022 10:46 PM
Betul le Rasulullah kata.....

Akhir zaman kat kota mekah nati berebut² org bina bangunan pemanjat langit
Quote cmf_premierleag 13-12-2022 10:50 PM
Alhamdulillah
Dapatlah mempercepatkan proses hari kiamat
Tak sabar nk tgk kaki rasuah,pemakan harta anak yatim sume ni masuk neraka jahanam
Quote ninja boy 13-12-2022 11:27 PM
X payah buat la derma lah wang seluruh dunia
Quote airmineral 14-12-2022 09:13 AM
kenapa drg nak buat bgnn tinggi² ek?
buat la benda lain yg lebih berfaedahhh
Quote mekfazura 14-12-2022 09:19 AM
tp rasanya bukan kali pertama, sebelum ni tok moyang depa arab firaun dah buat bangunan 15km tinggi  untuk intai tuhan...
Quote rosedemon 14-12-2022 10:03 AM
kiamat dah dekat dekkk. ko siap2 la bertaubat
Quote Sazreena 14-12-2022 10:42 AM
Pada kita, buat bangunan tetinggi ni x berpekdah tapi bagi yg membinanya..semua tu duit - hiburan, seks, jual pompuan, judi semua setempat. Tanda jelas nak kiamat.
Quote gideoncross 14-12-2022 11:14 AM
jazaa100 replied at 13-12-2022 10:46 PM
Betul le Rasulullah kata.....

Akhir zaman kat kota mekah nati berebut² org bina bangunan pemanjat  ...

Mmg dh bnyk tanda2 pun, lgi2 psl sungai Al Furat/Euphrates yg dh nak kering tu.
Quote gideoncross 14-12-2022 11:15 AM
Sazreena replied at 14-12-2022 10:42 AM
Pada kita, buat bangunan tetinggi ni x berpekdah tapi bagi yg membinanya..semua tu duit - hiburan, s ...

Kita cuma mmpu prsiapkn diri je.
Quote Sazreena 14-12-2022 12:02 PM
gideoncross replied at 14-12-2022 11:15 AM
Kita cuma mmpu prsiapkn diri je.

True dat sis..
Quote HabukBesi 14-12-2022 12:30 PM
terfikir.. macam mana agaknya bila kecemasan sebab kena guna tangga kecemasan kan?
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 12:34 PM
Tak payah sembang kencang lah ereb fadang fasir nim, siapkan dahulu Jeddah Tower ke HaromJiddah Tower yang terbengkalai tu dulu
Quote dua_chzy 14-12-2022 12:35 PM
Bikin la Tower of Babel semula. Hiks.
Quote intan244 14-12-2022 03:29 PM
"Dan jika kamu melihat pengembala ternak yang berlumba-lumba meninggikan bangunan maka itulah di antara tanda hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis  no.9)

iols harap dorg renovate tandas2x keliling masjidil haram dulu sblm buat bangunan bilion2x.

btw kenapa berita tu tempatnya London(?_?)
Quote kucingitam 14-12-2022 04:40 PM
intan244 replied at 14-12-2022 03:29 PM
"Dan jika kamu melihat pengembala ternak yang berlumba-lumba meninggikan bangunan maka itulah di ant ...

ereb buat perbincangan di london kot
Quote cikdot 14-12-2022 05:00 PM
tinggi2 nak pegi mana..jack & the beanstalk ke?
Quote airfilterkotor 14-12-2022 05:02 PM
mekfazura replied at 14-12-2022 09:19 AM
tp rasanya bukan kali pertama, sebelum ni tok moyang depa arab firaun dah buat bangunan 15km tinggi  ...

Manade... israilliyat tuh.

Tinggi 5km boleh dapat high altitude sickness.
Everest tinggi 8.8km. Rata-rata hooman yg panjat sana guna oksigen.
HALO jump guna oksigen.
Sebabnya udara nipis.
Apatah lagi nak duduk 15km tinggi.

Malah sistem metrik juga mengadaptasi sistem Mesir dan Rome dengan mengumpulkan 1000 menjadi 1. Iaitu 1000 meter menjadi 1 kilometer. Ukuran 1000 palm atau lebar tapak tangan mungkin asal mula kiraan batu sebelum Roman menukar kepada 1000 kangkang. 1 pace bersamaan 1.481 meter.

Justeru melihat pemakaian Roman, lebar tapak tangan yang kira-kira 80 mm panjangnya itu mungkin sekali menjadi unit ukuran terpendek Mesir untuk mengira jarak, 1000 tapak tangan atau 80 meter mungkin merupakan 1 batu Mesir.

Maka demikian, mungkin menara itu tinggi sebenarnya hanya ‘7 batu Mesir’ atau 560 meter. Lingkungan angka ini jika ditolak ketinggian piramid Giza memberi lingkungan 420 meter. Ini lebih kurang Menara KL.


Akhirnya ketinggian menara milik Fir’aun berjaya diselesaikan



Quote ladybugz 14-12-2022 07:13 PM
itulah kenyataannya mmg berlumba2 mereka semua. padang arafah pun dah byk pokok2 tumbuh. rasa sgt kerdil melihat perkara2 yg telah diberitahu terjadi di depan mata.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055017 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top