Dua pelanggan dikejutkan dengan penemuan jari manusia dalam sayur lodeh yang dibeli mereka. Penemuan cebisan tubuh manusia itu turut menggemparkan penduduk setempat.
Kejadian berlaku di Belu di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia. "Kita sudah siasat beberapa saksi, termasuk pemilik gerai yang menjual sayur lodeh tersebut," kata Ketua Polis Belu, AKBP Yosep Krisbianto menerusi laporan Antara, pada Selasa. Beliau mengulas mengenai kes penemuan sebatang jari manusia berserta kuku dalam makanan selepas pelanggan membeli di sebuah gerai di daerah itu. Selain pemilik gerai, katanya, pasukan penyiasat juga memeriksa pemilik kilang tauhu bagi makanan itu.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dikenal pasti asal jari tersebut. Bukan itu sahaja, polis juga memeriksa beberapa pekerja gerai berkenaan, namun tidak menemui sebarang kesan luka di setiap jari mereka. "Kita juga bertanya kepada doktor, dan disahkan bahawa ia memang potongan jari manusia," katanya. Beliau berkata, kes tersebut termasuk pemilik jari tersebut kini dalam siasatan. -CARI Sumber: mStar/ Okezone
|
edayildiz replied at 13-12-2022 12:20 PM
yih..geli la..
agaknya pemilik jari tu mangsa bunuh kot..geli
dua_chzy replied at 14-12-2022 01:53 AM
Yooo extremenyaaaa
ADVERTISEMENT