Warga emas meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk pada cermin sebuah kenderaan yang melanggarnya di Tanjong Karang semalam. Kemalangan pukul 10.16 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di tempat kejadian yang dipercayai berlaku akibat mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati motosikal Yamaha SS2 mangsa dan kereta Proton Waja datang dari arah Klang menghala ke Teluk Intan, Perak. “Motosikal mangsa kemudian dilanggar Waja dipandu individu berusia 49 tahun yang gagal mengelaknya.
“Akibat perlanggaran itu, kepala mangsa terhantuk di cermin utama kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. Tambah Ramli, mayat warga emas itu dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. Sumber: UTUSAN |
ADVERTISEMENT