CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 'Dijual', Dipaksa Tawar Khidmat Seks Selepas Dijanjikan Kerja Sebagai Tukang Urut Di Dubai

13-12-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2832| Komen: 26

Sindiket pemerdagangan seks membabitkan penyeludup di Thailand semakin menjadi-jadi apabila seorang lelaki yang juga rakyat negara itu menjadi mangsa.

Portal The Thaiger melaporkan, ia berlaku selepas lelaki dikenali B iru ditawarkan kerja sebagai tukang urut di Dubai, pada tahun lalu.

Di samping gaji bulanan sebanyak 80,000 baht (kira-kira RM10,159), B dijanjikan makanan, penginapan, serta penerbangan percuma.


Gambar hiasan

B menerima tawaran, namun mengesyaki ada yang tidak kena selepas pengurus iaitu warga China merampas pasportnya sebaik dia tiba di premis urut di Dubai, pada November tahun lalu.

Dia kemudian dipaksa menawarkan khidmat seks untuk membayar lebih daripada 70,000 baht (kira-kira RM8,887) iaitu hutang kos perjalanannya.


Menurut B, pelanggan dicaj 900 baht (kira-kira RM114) setiap sesi, namun separuh daripadanya dipotong untuk membayar hutangnya.

B dapat mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa Dubai selepas dia 'dijual' ke rumah urut kedua.

Lelaki itu bernasib baik apabila dapat melarikan diri ke Thailand, dan sebaik tiba di tanah air, dia terus melaporkan apa yang berlaku kepada polis.

Mahkamah Jenayah Thailand mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap tiga suspek, minggu lalu.

Penyeludup itu didakwa bersubahat untuk melakukan penyeludupan manusia untuk pelacuran.

Individu yang didakwa ialah Janya Phuwong, 32, Panuwat Sapsomboon, 37, dan Nanthaporn Kullangka, 45.

Polis menahan Janya di Samut Prakan. Nanthaporn ditangkap di daerah Bueng Kum di Bangkok dan Panuwat di daerah Kathu di Phuket.

Menurut polis, Janya mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Sementara itu, Nanthaporn memberitahu polis dia dibayar 3,000 baht (kira-kira RM381) untuk mengajar urutan Thai kepada B.

Panuwat memberitahu menerima 10,000 baht (kira-kira RM1,271) untuk meyakinkan B supaya bekerja di Dubai, lapor portal Nation Thailand.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 13-12-2022 10:37 AM
jgn2 lady boy x


Quote Travelo 13-12-2022 10:41 AM
hasil kebodohan sendiri...terima aje lah kenyataan..
Quote KamikuP 13-12-2022 12:52 PM
Laki pon dah tak selamat sekarang khuenzz cuolls
Quote green~tea 13-12-2022 12:59 PM
Virus HIV mengintai...
Quote Zack8hunter 13-12-2022 01:12 PM
takut la..size2 dubai..mau rabak
Quote rospinki 13-12-2022 01:13 PM
sajad tersenyum sinis
Quote stingergrumpy 13-12-2022 01:24 PM
rospinki replied at 13-12-2022 01:13 PM
sajad tersenyum sinis

Anak anak ko iteww jaga....
Quote tri-max 13-12-2022 01:29 PM
ngandung tak? rugi tak dapat benih pak areb
Quote Lagubestbest 13-12-2022 01:29 PM
adoila.. news lahnat tuhan ape yg aku baca ni.
Quote rospinki 13-12-2022 01:39 PM




Quote Supersirap 13-12-2022 02:41 PM
Berhati-hati dalam memilih pekerjaan di luar negara
Quote stingergrumpy 13-12-2022 02:54 PM
rospinki replied at 13-12-2022 01:39 PM

Garang seh....tak padan menjanda

Kahkahkahkahkahkah
Quote tikusmontok 13-12-2022 03:50 PM
Zack8hunter replied at 13-12-2022 01:12 PM
takut la..size2 dubai..mau rabak

Maksud uols pelanggan laki ke ppn?
Quote ifanonline 13-12-2022 03:57 PM
mungkin di UAE bilangan LGBTQ ramai juga, ada demand, ada supply la
Quote Kak-Rohana 13-12-2022 04:25 PM
Pak Arab coverline byk dek? Belakang bini ratah jubor jantan..
Quote ReginaGeorge 13-12-2022 04:41 PM

Rakyat kita pon ramai jadi korban. Kekonon keja dekat Singapore. Cek website firm, memang nampak legal. Datang KL untuk interview. Sedar2 dah kat Thailand. Sekalinya dikerah bekerja tanpa gaji. Dahlah gaji tak berbayar, didera lagi. So many cases yg tak dapat trace sebab mangsa diorang aim org yg takda family. Jenis loner.
Quote Adrif 13-12-2022 04:59 PM
ReginaGeorge replied at 13-12-2022 04:41 PM
Rakyat kita pon ramai jadi korban. Kekonon keja dekat Singapore. Cek website firm, memang nampak le ...

kesiannya..

entah dah berapa banyak mangsa yang lenyap macam tu je
Quote areyam 13-12-2022 05:28 PM
Laa ingat pelanggan betina..
Quote Highflyer19 13-12-2022 06:07 PM
Tinggi sgt gaji tu…kena fikir jugak mungkin ada yg tak kena

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037736 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top