CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hampir Dirogol Ketika Bersenam Di Kawasan Taman Tasik Di Pahang

13-12-2022 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7501| Komen: 106

TEMERLOH – Seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila hampir dirogol seorang lelaki ketika beriadah di Taman Tasik Kubang Gajah di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yuoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu mangsa yang berumur 27 tahun sedang melakukan senaman di laluan pejalan kaki taman berkenaan.


Lakaran Gambar Suspek, Foto: Kosmo

“Mangsa telah didatangi seorang lelaki memakai pelitup muka yang cuba melakukan rogol ke atas mangsa.

“Bagaimanapun mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan kemudiannya hadir ke balai polis bagi membuat laporan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun keseksaan kerana cubaan melakukan rogol dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan polis telah membuat lakaran gambar suspek yang berkulit gelap dan berumur 30-an dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah terutamanya di tempat sunyi seperti taman rekreasi taman tasik dan sebagainya terutama selepas lewat petang.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya beriadah secara berkumpulan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berlaku,”ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 13-12-2022 10:31 AM
Wanita nyaris dirogol ketika bersenam

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ol-ketika-bersenam/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
13 Disember 2022, 9:45 am


LAKARAN gambar suspek melibatkan kes cubaan rogol seorang wanita di Taman Tasik Kubang Gajah di Temerloh.

TEMERLOH – Seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila hampir dirogol seorang lelaki ketika beriadah di Taman Tasik Kubang Gajah di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yuoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu mangsa yang berumur 27 tahun sedang melakukan senaman di laluan pejalan kaki taman berkenaan.

“Mangsa telah didatangi seorang lelaki memakai pelitup muka yang cuba melakukan rogol ke atas mangsa.

“Bagaimanapun mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan kemudiannya hadir ke balai polis bagi membuat laporan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun keseksaan kerana cubaan melakukan rogol dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan polis telah membuat lakaran gambar suspek yang berkulit gelap dan berumur 30-an dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah terutamanya di tempat sunyi seperti taman rekreasi taman tasik dan sebagainya terutama selepas lewat petang.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya beriadah secara berkumpulan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berlaku,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Quote stingergrumpy 13-12-2022 10:31 AM
Edited by stingergrumpy at 13-12-2022 10:32 AM

Noor ,with the sporty crossed bra ...tersenyum sinis....
Quote shernazz 13-12-2022 10:31 AM
Ayoyo dek...7malam skang dah gelap tau....
Ramai2.la..jangan sorang2
Ada je yang memerhati..
Pasni jangan la sorang2 dek...takut dengo nye
Quote AbukRokok 13-12-2022 10:45 AM
kebaikan memakai penutup muka
Quote RinIna 13-12-2022 10:52 AM
shernazz: Ayoyo dek...7malam skang dah gelap tau....Ramai2.la..jangan sorang2Ada je yang memerhati..Pasni jangan la sorang2 dek...takut dengo nye


Betul.. skrg pmpuan jgnlah sorang2... kt mana2 sekarang ni ramai dah orang gila.. nsib baik selamat.. aduhaiii.. ghisau

Quote apech 13-12-2022 10:59 AM
Edited by apech at 13-12-2022 12:12 PM

Aku rasa cam kenal mamat ni. mmg india.
Ajay nama dia
Quote cmf_PariS 13-12-2022 11:09 AM
maybe dia dh nk habis joging otw nk balik kan....
Quote areyam 13-12-2022 11:23 AM
selalu terserempak ppuan ada yg joging sendirian ... kadang ada juga kawasan sunyi... mengundang padah gitu
Quote sharlenetexas 13-12-2022 11:28 AM
Bangla?

Quote fealefea 13-12-2022 11:36 AM
aku mmg tak berani la jogging2 memlm sendiri kat putrajaya tu. dtg mamat motor dua org mmg abes la. sbb tu g gym selamat sket.
Quote fealefea 13-12-2022 11:38 AM

kalau bangla mmg logik sgt2. sapa nk entertain kemahuan sexual diorg. dah la tak bawak bini.
Quote ifanonline 13-12-2022 11:40 AM
kadang2 pemakaian wanita sewaktu berjoging sangat2 mengundang perogol...dgn sports bra nya...berlari-lari melantun-lantun buahnya...memang mendapat
Quote ifanonline 13-12-2022 11:44 AM
Quote ifanonline 13-12-2022 11:45 AM
Quote blue_blur 13-12-2022 11:45 AM
ifanonline replied at 13-12-2022 11:40 AM
kadang2 pemakaian wanita sewaktu berjoging sangat2 mengundang perogol...dgn sports bra nya...berlari ...

serius tak faham, sebenar nya nak kita tengok ke tak? bila tengok, jegil ke kita balik. serba salah.
Quote ifanonline 13-12-2022 11:46 AM
blue_blur replied at 13-12-2022 11:45 AM
serius tak faham, sebenar nya nak kita tengok ke tak? bila tengok, jegil ke kita balik. serba sala ...

bangla, pakistan, india mana tahan tengok lantunan-lantunan padu...
Quote sangbara2020 13-12-2022 11:56 AM
muke ni sekadar lakaran anggapan je kan...
Quote twins 13-12-2022 12:11 PM
dia jogging lepas balik kerja kot ni.... kat mana-mana pun mmg biasa ada joggers waktu remang-remang senja....setengah tempat tu lepas maghrib baru keluar jogging pun ada juga sbb tu jer waktu senggang yg ada... boleh jer kalau nak jogging tp bg perempuan biarlah berkumpulan.. jangan sorang2.. ni confirm mamat ni dah lama dok perhati perempuan2 berjogging kat situ...  tengok cara gambar mcm bangla ...
Quote VirusDetected 13-12-2022 12:12 PM
sendiri beringat la...
dh kol 7pm...

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073832 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top