CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Tertanya-tanya Apa Dah Jadi Dengan Janji Meroboh Highland Towers?

13-12-2022 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2403| Komen: 21

Biarpun pernah diumumkan bakal diroboh, Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang terbiar hampir 30 tahun itu masih berdiri teguh.

Malah tinjauan Utusan Malay­sia mendapati, tiada sebarang kerja mahupun kesan merobohkan bangunan berkenaan dijalankan selepas pengumuman berkenaan dibuat April tahun lalu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ketika itu, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Kondominium dua unit tersebut masih sama terbiar di kawasan semak-samun selepas insiden tragedi runtuhan melibatkan satu daripada tiga unit blok kondominium itu pada 11 Disember 1993.


The Star

Salah seorang penduduk berhampiran ketika ditemui berkata, sehingga kini beliau masih menanti kerja merobohkan Highland Towers itu yang menjadi sarang penagihan dadah sejak sekian lama.


Azmi Azman, 32, berkata, penduduk sekitar sudah cukup gembira apabila kerajaan mengumumkan kerja merobohkan bangunan itu bakal dilaksanakan tahun lalu, namun kini ia senyap tanpa sebarang perkembangan.

“Kalau ikutkan sudah lebih setahun setengah, tapi sampai sekarang kami tidak melihat sebarang kerja merobohkan bangunan tersebut dimulakan dan kami tertanya-tanya juga apa sudah jadi.

“Bangunan tinggal itu perlu dirobohkan kerana ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk sekitar malah mendatangkan kebimbangan kepada kami terutamanya dari segi keselamatan,” katanya.

Tambahnya, biarpun bertukar pemerintah, kerajaan perlu me­ngotakan janji untuk meroboh dua unit kondominium itu demi keselamatan penduduk.

“Tunaikan janji meskipun bertukar menteri dan kerajaan, fikirkan keselamatan penduduk sekitar selain mencari alternatif untuk menjadikan kawasan berkenaan tidak terbiar begitu sahaja,” katanya.

Seorang lagi penduduk Ampang, Ku Nurul Atiqah Ku Ahamad, 33, turut sependapat dengan Azmi bahawa kerja-kerja merobohkan bangunan itu tidak boleh ditangguh lagi.

“Semalam genap 29 tahun tragedi runtuhan satu blok kondominium itu dan tahun depan pula genap 30 tahun, sampai bila hendak tunggu kerana jika dibiarkan berterusan ia berkemungkinan membahayakan penduduk sekeliling.

“Tidak cukup itu, bangunan tersebut dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan ia menjadi lebih wajib untuk dirobohkan bagi menghentikan aktiviti jenayah ber­kenaan,” katanya.

Menurut Ku Nurul Atiqah, sekiranya kerja-kerja merobohkan bangunan Highland Towers itu dilakukan, ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Katanya, umum mengetahui bahawa kedudukan tanah di kawasan berkenaan tidak stabil seperti yang diumumkan oleh bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pada 2018. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 13-12-2022 10:24 AM
dijanjikan oleh mak lampir
mak lampir dah lama xde
Quote cikatilia 13-12-2022 10:31 AM
nak kena hati2 roboh
naya masuk swimming pool yg berhampiran
Quote snowflakes 13-12-2022 10:35 AM
Bolehla nga kor ming roboh... bina yang baru
Quote kucingitam 13-12-2022 10:37 AM
pi tanya juraidah la apa dia buat lepas berjanji ritu
Quote orkid_amani 13-12-2022 12:23 PM
Structure bangunan lain tu pun sama jugak ka retak menanti belah mcm tower yg runtuh tuhari? Dah kalau semua owner dapat pampasan robohkan ja la bangunan tu
Quote KamikuP 13-12-2022 01:00 PM
kucingitam: pi tanya juraidah la apa dia buat lepas berjanji ritu


Dia jual mempelam kat trafik lite sis

Quote green~tea 13-12-2022 01:16 PM
AbukRokok replied at 13-12-2022 10:24 AM
dijanjikan oleh mak lampir
mak lampir dah lama xde

Mak lampir sebok tour de world petik nama2 negara mana sheols nak pegi je.. seriously effing diva...  tak sejajar langsung paras rupa nak diva2 tu..

Yang sejajar cuma rupa hodoh pun perangai hodoh
Quote green~tea 13-12-2022 01:17 PM
KamikuP replied at 13-12-2022 01:00 PM
Dia jual mempelam kat trafik lite sis

Tak laku langsung.. orang benci lagi ada lah..
Quote green~tea 13-12-2022 01:18 PM
cikatilia replied at 13-12-2022 10:31 AM
nak kena hati2 roboh
naya masuk swimming pool yg berhampiran

Dekat swimming pool ke? Highland tower ni agak dekat dgn one of my house kat bukit antarabangsa tu.. tp langsung i tak pernah teringin explore ke kawasan highland tower ni..
Quote stingergrumpy 13-12-2022 01:20 PM
green~tea replied at 13-12-2022 01:16 PM
Mak lampir sebok tour de world petik nama2 negara mana sheols nak pegi je.. seriously effing diva. ...

Rupa hodoh tapi yg kena cerai tetap ko....nampak tak betapa dunia iteww berputar? Masih tak insap lagi?

Kahkahkahkah

Adan uker ko...
Quote ultra78 13-12-2022 01:21 PM
Bukan ke zaman zuraida dulu dah ada pihak yg sudi bayar kos runtuhkan bangunan tu?
Quote bakingsoda 13-12-2022 03:45 PM
kerajaan yg janji tu dah roboh dulu
Quote BartholomewKuma 13-12-2022 04:48 PM
Biaq pi lahhh tok sah dok peroboh buang. Aku persti elok ja segala macam pokok hutan banat bertumbuh kot tu. Nampak hijau nampak segaq jadi penyumbang oksigen orang kot tepi2 kelilin tuuuuu.
Quote grouper 13-12-2022 04:52 PM
Semua sbb duit la tu...ada duit nak roboh n bina apa pun boleh....
Quote ctaz 13-12-2022 04:55 PM
nak roboh pakai air lio....
memang tak laaaa....
Quote gigahertz 13-12-2022 06:27 PM
KamikuP replied at 13-12-2022 05:00 AM
Dia jual mempelam kat trafik lite sis

Quote cmf_premierleag 13-12-2022 06:32 PM
Takyah la roboh
Biarlah jd monumen ala2 tugu peringatan konsepnya
Quote pu3_rania 13-12-2022 07:08 PM
cmf_premierleag replied at 13-12-2022 06:32 PM
Takyah la roboh
Biarlah jd monumen ala2 tugu peringatan konsepnya

Kannnn
Jadikan sebagai monumen bersejarah di mana pernah terjadinya tragedi tapi kalau boleh biarlah berpagar untuk membataskan kawasan yang boleh di lewati demi keselamatan pengunjung kerana ketidakstabilan struktur tanah bangunan2 tersebut
Aku pernah pergi melawat ke tempat terjadi nya tragedi Tsunami di Acheh di mana pihak pemerintah di sana jadikan monumen bersejarah
Zuraida pernah bercadang nak jadikan kawasan HT dijadikan taman rekreasi tapi berisiko tingg pasal kedudukan struktur tanahnya yang tidak stabil coz ada aliran air di bawah tanah
Quote AbukRokok 13-12-2022 10:57 PM
cmf_premierleag replied at 13-12-2022 06:32 PM
Takyah la roboh
Biarlah jd monumen ala2 tugu peringatan konsepnya

tapi kat sebelah dia mcm ada development baru

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.111174 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top