CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Hadiahkan X50 Kepada Ibu Bapa, Pemain JDT Aiman Ariff Beli Lagi Kereta Mewah Harga Hampir Setengah Juta

13-12-2022 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5301| Komen: 99

Kuala Lumpur: Pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Hanapi membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi mampu memberi pulangan lumayan apabila dikhabarkan dia baharu saja membeli kereta berharga hampir setengah juta ringgit.


Situasi terbabit dikongsi oleh pemain berusia 20 tahun itu di Instagram miliknya apabila dia membeli kereta jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 baru-baru ini berwarna silver yang dipesan menerusi pengedar kenderaan, Hafis Naserr yang terkenal dalam kalangan atlet dan selebriti.

Foto: IG

Walaupun, tidak memperincikan pembelian kenderaan terbabit namun seperti sedia maklum pemain terbabit yang mempamerkan aksi cemerlang bersama JDT sudah pasti memperoleh 'durian runtuh' hingga mampu memiliki kereta itu.

Dalam video dikongsi Arif, kelihatan abang dan bapanya turut hadir melihat dan mendengar penjelasan berkenaan kereta baharu Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 itu.

Berdasarkan pasaran semasa, kereta berkenaan boleh mencecah harga hingga RM400,000 dan hanya digunakan oleh golongan tertentu saja.



Temubual ringkas bersama Hafis, pemain itu mempunyai matlamat peribadinya dalam karier bola sepak, namun enggan mendedahkannya dan lebih kepada trust the process.

Mengikut rekod, anak jati Pahang itu memainkan peranannya dengan begitu baik apabila menyumbangkan 20 bantuan gol kepada rakan sepasukan sepanjang musim ini.

Kemuncak kepada prestasi pemain berketinggian 170 meter pada musim ini adalah kemampuannya untuk menyumbat gol untuk pasukan JDT pada perlawanan persahabatan bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund pada November lalu.

Sebelum ini, Bintang bola sepak negara itu mengundang perhatian ramai apabila melakukan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta jenis Proton X50 kepada ibunya.

Prestasi Arif cukup terbaik apabila hingga dia dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik serta muncul pemain termuda merangkul anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2021. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 13-12-2022 09:43 AM
Anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP)..?

Sepakbola ni tak lama dekk, ko ada lagi 10 tahun. Tu pun kalau tak cedera.
Jadi diharap berpada-pada la berbelanja tu ye.
Quote ctaz 13-12-2022 09:48 AM
baik la beli rumah....dari ko beli kereta....
kurang2 kalau dah tak laku main...
leh jual rumah...ada jugak rega...
Quote Decaffeinated 13-12-2022 09:49 AM
Umur baru 20. Lesen dah amik belum?
Quote nuralisa 13-12-2022 09:51 AM
salesman la masyuuukkk ...
Quote prince_marhaen 13-12-2022 09:53 AM
taktik menarik player lain main dengan situ... tapi hati-hati dik, banyak mata cinggey (awek) yang memerhati, termasuklah retis suam-suam yang nak glamor.. jap lagi kena panggil chief sebab leka dengan cinggey... hehehehe
Quote pekanwoohoo 13-12-2022 09:56 AM
Rakan sebaya baru nak daftar masuk uni, ambik degree, Arif dah mendonia capai macam-macam. Terbaik.

Abaikan langau-langau yang dengki dengan ko dek, duit kau, ikut suka kau lah nak belanja macamana. Yang acah-acah jadi penasihat kewangan tu kau sekolahkan je diorang dek. Diri sendiri pun tak terurus, sibuk nak nasihat orang.
Quote Buritan 13-12-2022 09:57 AM
airfilterkotor replied at 13-12-2022 09:43 AM
Anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai (MVP)..?

Sepakbola ni tak lama dekk, ko ada lagi 10 tah ...

Baiklaa ko beli rumah dik.baru aku impress.. flat pprt pun  tak pe jnji romah.. toka ko beli viva cabuk pun tak pe dik.. mentaliti mulayu ibeli toka mewah ibarat ekau tu tokeh judi
Quote bulalof 13-12-2022 09:58 AM
masih lagi kereta menjadi lambang status individu.
Quote Buritan 13-12-2022 09:58 AM
ctaz replied at 13-12-2022 09:48 AM
baik la beli rumah....dari ko beli kereta....
kurang2 kalau dah tak laku main...
leh jual rumah...ad ...

Kannn.. beli toka axia cukuplaaa..
Quote emera 13-12-2022 09:59 AM
Lg 10 tahun merayu bantuan duit.
Quote lightheaded67 13-12-2022 10:06 AM
Edited by lightheaded67 at 13-12-2022 10:09 AM

org lelaki mmg mcm ni kan?? lelaki marhaen pun sma jah, sikit2 kereta. ahaha tmbh tengah umor muda ahlul sukan kaya summore mmg kereta lah.. tp okeyla heolz ade gak bg kereta kt mak pak. smoga ade prancngan masa depan yach dek non.
so kerjaya checked,  kereta dh ader, next target adelah...

giphy.gif
Quote matamata 13-12-2022 10:10 AM
Boleh main bola sampai umur 55 ka?
Quote airfilterkotor 13-12-2022 10:13 AM
Buritan replied at 13-12-2022 09:57 AM
Baiklaa ko beli rumah dik.baru aku impress.. flat pprt pun  tak pe jnji romah.. toka ko beli viva  ...

Terikut-ikut trend star soccer oberc masakini.
Dan juga ponder-ponder produk sampah timbang kilogram masakini.

Quote kelip2_07 13-12-2022 10:18 AM
umah dh beli ke blm?
Quote blue_blur 13-12-2022 10:27 AM
syabas beli cash. harus la bangga balut reben bagai sebab 100% milikan sendiri. cuma save untuk maintenace, roadtax insurans. takyah pening2 bayar ansuran kereta 5/7 tahun kalau tiba2 punca kewangan hilang.

tak la macam ntah siapa ni, bangga mampu drive dan bayar bulanan, geran masih bank pegang sebab bank empunya hakiki.
Quote airfilterkotor 13-12-2022 10:31 AM
Nak banding sukses dalam sepakbola usia muda bergaji tinggi dengan yang masuk Uni?
Bukan dengki.
Nak banding, banding durian dengan durian.

Masuk Uni dan sukses, memang terkial-kial.
Sambung plak course utk cadet pilot programme.
Lama sikit cukup haul, sit exam, jadik captain.
Sampai ke pencen ko berduit.

Sementara kawan yg gemilang dalam sepakbola di usia muda,
umor 40 pun belum tentu boleh main utk sustained lifestyle dan end need.

Ni baru betul durian dengan durian.
Quote Travelo 13-12-2022 10:44 AM
tahniah..hasil usaha membuahkan hasil..jangan dok melepak depan pc/hp bukak forum, pastu mengurut barang naik,harap bantuan kerajaan blablabla
Quote kotakbaju 13-12-2022 10:47 AM
Rumah barangkali masih tinggal sekali dengan family. So mungkin beli kete dulu sebagai keperluan untuk bergerak ke sana ke sini.
Quote pinggan 13-12-2022 10:49 AM
"hanya digunakan oleh golongan tertentu saja."

Eleh

Kancil pun hanya digunakan oleh golongan yg tertentu. Golongan yg ada kancil la.
#donemenyibuk

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066372 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top