CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Macam-Macam Alasan Diberi", Chef Wan Kecewa Adik-Beradik Tak Nak Jaga Mak

12-12-2022 08:15 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 17203| Komen: 169



Umum mengetahui bahawa ibu cef selebriti Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sedang mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Instagram Chef Wan berkata ibunya kini tidak tahu untuk berbuat apa-apa termasuk untuk mengikat kain sendiri. Dia turut meluahkan rasa sedih dengan keadaan ibunya, Cik Ani, 91 tahun, yang bertambah teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.


“Sampai satu tahap, dia hanya mampu memandang sepi pinggan tanpa berbuat apa-apa. Ini kerana otaknya tidak berfungsi dan menerima signal lagi. Dia juga tidak tahu nak buat apa-apa termasuk ikat kain sendiri pun dia tak tahu,” tulisnya.

Chef Wan turut meluahkan rasa kesal dengan sikap adik-beradiknya yang sering memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan sedemikian dan saling menunding jari.


“Saya ada beritahu kakak dan abang mengenai keadaan ibu dengan meminta mereka supaya meluangkan masa bersamanya.

“Seperti biasa, masing-masing mula menunding jari orang itu yang perlu jaga dan ini. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam ‘suka hati kau orang la’.

“Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,” katanya.



Semoga Chef Wan sentiasa diberi ketabahan menjaga ibu tersayang kerana sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki seorang ibu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentot_Wangi 12-12-2022 03:30 PM
Bertabah la Chef. Bersepah2 manusia prangai mcm ni. Termasuk la abg ak. Lgsg x tnya kabar pasal mak pak.
Quote ayukpingu 12-12-2022 03:33 PM
real life memang ramai yang mcm ni. bersabar je la tokwan.

bila dlm kesusahan mcm ni, memang betul2 menguji hubungan adik beradik
Quote jiwakacau06 12-12-2022 03:35 PM
ayukpingu replied at 12-12-2022 03:33 PM
real life memang ramai yang mcm ni. bersabar je la tokwan.

bila dlm kesusahan mcm ni, memang betul2 ...

btl... kesusahan menguji adik beradik...
Quote hannan_rayyan 12-12-2022 03:41 PM
Kentot_Wangi replied at 12-12-2022 03:30 PM
Bertabah la Chef. Bersepah2 manusia prangai mcm ni. Termasuk la abg ak. Lgsg x tnya kabar pasal mak  ...

same here, dah lalui banyak tahun, rupanya mmg banyak anak2 macam ni ya
semoga sis/bro bertabah dan bersabar (doa utk diri sendiri gak ni)
Quote ReginaGeorge 12-12-2022 03:41 PM
Jaga mak ayah yg sakit ni bukan kerja yang mudah. Sedangkan jaga anak kecik pon mak boleh “masuk angin” aka baby blues. Dalam adik beradik, tak semua berkemampuan. Ada yang nak beli susu anak sendiri pon tak mampu. Ada pula, anak merantau kerja megara org si tak dapat balik menjenguk mak ayah yg sakit. Chef wan dah keluarkan byk belanja dan masa utk mak dia. Rasanya adik beradik boleh lah luang masa dtg ganti tugas chef wan jaga mak. Seminggu sekali dtg jenguk. Tolong mana yg patutu. Sikat rambut org tua tu. Potong kuku. Tak bawak buah tangan pon takpa. We all know chef wan bukan berkira dalam hal ni. Bgtau chef wan awal2, kewangan tak ok. Dia pasti faham. Ajar juga anak2 sendiri utk jenguk tok nek yg sunyi tu. Jangan org tua tu dah hembus nafas terakhir baru nak meratip. Panjang lebar ucapan takzia, mcm la dia yg jaga. Btw, klu adik beradik dtg menjenguk, janganlah membebel itu ini tak kena. Adik beradik naik rimas. Could be thats the reason kenapa adik beradik lain fed up nak datang.
Quote deebiz14 12-12-2022 03:47 PM
Edited by deebiz14 at 12-12-2022 03:51 PM

What's new la kan.

Lagikla si cepwan mmg berkemampuan dan single-mingle. Senangla yg lelain lepas tangan ngan alasan takde masa tak berduit takde tempat tinggal sesuai etc.
Tabah je la cepwan oiii. Anggap je la kewajibpan ni bekal pahala betimpa2. Amek positip & ikhlas menjage. At least Cik Ani ade depan mata terjaga & terkawal. Komplen2 pun nnt adek bradek siap pakat maki kat blakang pun tak helok la kan.
Quote Zaien 12-12-2022 03:49 PM
anak ramai pun belum tentu semua nak jaga kan?
huhuhu
mcm mne la anak tunggal.. hurmmmm
Quote Queenmastani 12-12-2022 03:55 PM
Alzheimer la yg paling aku takut bila aku tua nnt..harap2 Allah mempermudahkn kematisn aku..tknk sakit lama sshkn org sekeliling… baru2 ni tgk crita jodie foster berlakon psl alzheimer ni..sedih sgt sbb dlm masa tertentu all the memories will gone & the family members pn dh tk kenal
Quote shernazz 12-12-2022 04:05 PM
Iols.pernah tengok cite korea
Anaknya kena alzheimer
Bapaknya jaga
Kencing pung tak igt.apa...
Kesian..penat gila.kot..
Jadi.kita.paham la chef wan mmg penat gila kot..walaupung ada nurse...
Kita.pung blom tentu kuat nak jaga kan
Kita.doakan lah moga kita.semua dpt jaga ibu bapa kita.elok mcm.chef wan ni jaga.kan..
Quote naina 12-12-2022 04:09 PM
Patutnya bila sedar cepwan mampu..apa salah yang lain sumbang tenaga. Rasanya cepwan ok je..dia bukan sejenis kedekut. Cume letih dan kecewa semua atas bahu dia hatta belanja dan penjagaan semua2 lah. Banyak cantik ya adik beradik lain. Senang2 boleh holiday tanpa fikir orang lain xleh ke mana2 kena jaga orang tua.
Quote batmana 12-12-2022 04:14 PM
rasa adik bradik dia mampu hire nurse bagai
buatla tuntutan kewangan ngn adik bradik tu

kak abag dia pun dh tua kn, aku rasa xmmpu nk pimpin mak dia sndiri , aku rasala sbb tgk chef wan pun mcm org tua dah
Quote aechae 12-12-2022 04:15 PM
Teringat arwah atok iols dlu..menantu2 yg lbih sabar jaga dia drpd anak sndri..
Tp ktorg yg cucu2 ni pn layan sembang je. Memori dia hanya smpai kt kewujudan my sis selaku cucu sulong dia je. Hari2 tnya nama i n adik2 sepupu lain..pastu bwa kluar gmbar dia pegang my sis kt tangga dpn rumah tnya yg ni mana
Semoga dipermudahkn urusan kita semua dlm menjaga mak ayah esok2..
Quote Supersirap 12-12-2022 04:16 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan Chef Wan
Quote MsKoreanfanatic 12-12-2022 04:24 PM
shernazz replied at 12-12-2022 04:05 PM
Iols.pernah tengok cite korea
Anaknya kena alzheimer
Bapaknya jaga

teringat plak kat movie SoKor 'A Moment to Remember' Son Ye-jin and Jung Woo-sung..
bini dia sakit Alzheimer pastu laki dia yg jaga.. basuh kencing semua tu..
Quote Lily_Elizabeth_ 12-12-2022 04:33 PM
Tapi kan.
(Argghhh tolong jangan kecam I).
Lama sangat lak tu hidup orang tua tua ni.
Ada yang degil. Ada yang kuat ngata ngata anak sendiri (masa tgh muda sikit), ada yang kuat pilih kasih antara anak anak, pilih pilih menantu yang kaya dibuat baik yang miskin sebelah mata tak pandang.
Dah tua bangka nyusahkan orang.
I cakap general ya. Ramai ibubapa cam ni.
Quote shida81 12-12-2022 04:34 PM
Mujurla cw berduit blh upah org jg mak.. Klu org biasa.. Mmg kesian la yg kt sorang tu nk menjaga.. Nk kj lagi nk jg mak yg sakit lagi.. Adik beradik lain Mcm2 alasan.. Mcm dia je la yg susah
Quote ifanonline 12-12-2022 04:35 PM
hidup ni satu putaran...kita dilahirkan sebagai baby, dan kita akan kembali jadi baby...
Quote supernaturalee 12-12-2022 04:45 PM
Queenmastani replied at 12-12-2022 03:55 PM
Alzheimer la yg paling aku takut bila aku tua nnt..harap2 Allah mempermudahkn kematisn aku..tknk sak ...

jodie foster ade berlakon kena alzhiemer ek
bkn julianne moore ke, tajuk still alice
menang oscar best actress


anyway...ada kenalan yg dia jaga nenek dia yg bedridden
anak2 ada je
tp tu lah


Quote Queenmastani 12-12-2022 04:58 PM
supernaturalee replied at 12-12-2022 04:45 PM
jodie foster ade berlakon kena alzhiemer ek
bkn julianne moore ke, tajuk still alice
menang oscar  ...

Yeee btl2...confident je ckp JF
Tp ios mg selalu confuse gn dua org ni..

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.136548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top