Beberapa hari lalu, anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11. Namun satu perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok telah mencuri perhatian ramai dan mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang melihat video tersebut. “Happy Birthday Uwais Al Qarni anak manja ibu daddy ni,” tulisnya di ruangan kapsyen. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan selamat hari lahir dan meluahkan rasa sebak melihat video kenangan Uwais dan arwah ibunya itu.
“Tiba-tiba air mata ibu terasa nak menitis tengok video ini. Semoga anak-anak Allahyarham Siti Sarah sentiasa dalam rahmat Allah dunia akhirat. Amin". “Eh kenapa nangis tengok video ini. Al-fatihah bidadari syurga. Happy Birthday copy paste mummy. Semoga jadi abang yang terbaik dan anak yang soleh untuk mummy dan daddy". “Selamat hari lahir Uwais Al Qarni. Semoga menjadi abang yang terbaik buat adik-adik dan anak soleh buat mummy dan daddy. Ibumu seorang wanita yang hebat. Al-fatihah,” Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa seakan-akan merasakan seperti arwah Siti Sarah sendiri yang memuat naik video ini. “Kenapa rasa macam ibu dia yang post ni eh,” komen salah seorang netizen.
|
edayildiz: mcm xcaya kn ss dh xde
ketambangkang replied at 12-12-2022 02:49 PM
soeb selalu puji mateen hensem sbb ikut muka daddy...yg uwais ni soeb selalu mention ikut muka ibu
ketambangkang: soeb selalu puji mateen hensem ...
ahsojinjang replied at 12-12-2022 10:39 PM
padahal soeb muka jowo jurrr..ramai ke jowo hensem tapi soeb ni sedehhhhh..tapi seswai lah ngan wat ...
ADVERTISEMENT