CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Orang Nampak Saya Dengan Dini. Itu Bukan Satu Benda Yang Pelik", Isu Putus Cinta, Janna Nick Akhirnya Buka Mulut

11-12-2022 10:12 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9328| Komen: 58



Selepas hampir sebulan menyepi dan membawa diri ke luar negara untuk "mencari ketenangan", pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick akhirnya membuka mulut mengenai kisah percintaannya dengan Dini Schatzmann yang didakwa sudah putus baru-baru ini.

Menerusi satu temubual bersama Melodi, Janna memberitahu dia tidak membaca komen dan kiriman mesej daripada sesiapa pun selama tempoh mencari ketenangan diri. 

Disoal mengenai lagu ‘Mentari Setia’, Janna berkata lagu tersebut 98 peratus ditulis olehnya.

"Itulah luahan hati saya. Muzik video itu cerita sebenar. Kalau saya penyanyi itu mungkin gimik. Saya menangis ketika tulis lagu itu. Itu luahan hati saya. Kalau orang kata gimik, kiranya mereka tak validate perasaan saya. Saya berhak rasa kecewa dan sedih" katanya.



Di samping itu, Janna turut mengakui bahawa dia masih berkawan dengan Dini sebagai rakan dalam sebuah syarikat.

"Kalau orang nampak saya dengan Dini. Itu bukan satu benda yang pelik. Takkan kami tak boleh nak berkawan. Isu unfollow Dini bukan sekarang tapi dah lama. Mengenai hubungan sama ada sampai di sini sahaja ataupun tidak, saya tak nafi dan tak kata ya. Daripada awal saya tak pernah cakap apa-apa. Saya minta maaf kalau ada peminat cakap saya penipu".

"Saya tak marah peminat yang kata semua ini hanya permainan. Buat apa saya nak marah. Jiwa saya dah terlalu rosak. Kenapa saya perlu tambah kebencian dan dendam dekat orang. Kalau orang buat jahat dekat saya, saya akan kata kenapa saya tak cukup baik dengan orang.

Saya kecewa dengan diri sendiri sebab saya bukan orang yang sempurna dan bukan senang diuruskan. Kalau orang tinggalkan saya, saya patut melepaskannya" ujarnya lagi.



Terdahulu, foto yang dikongsikan Janna memaparkan selebriti itu berbaring bersama seorang lelaki di atas katil serta satu lagi gambar berpelukan telah menjadi bualan hangat dan menerima kecaman ramai. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikX87 11-12-2022 07:28 PM
overrrrrrrrrr
Quote samshik 11-12-2022 07:37 PM
Ko ni lawa, pandai, ada duit.. Tp syg sbb bebal tu lupa nk simpan siket... Kang bile ckp terus ko bipolar... Yihla
Quote rosannazmia 11-12-2022 07:42 PM
Simpati acik kat ko ni  
Quote shahirakay 11-12-2022 08:47 PM
sejak dia memang sah jumpa pakar psikiatri, ai memang mula ada soft spot kat dia.. sabarlah menempuh liku kehidupan ini janna. cuma sora ko tak sedap tu je. vc dah dramatik dah.. tapi lagu tu terlampau auto tune.. acik mintak maap tau.. nanti janna masuk kelas vokal ek
Quote dino 11-12-2022 08:55 PM
mujur bkn dino.. tiberrr
Quote Kancilkering 11-12-2022 09:03 PM
kalu dia ni nick carter i kesian lah….tapi lagu dia n suara dia x sedap
harap maklum
Quote Gumball 11-12-2022 10:09 PM
Jiwa dia dah terlalu rosak katanya...
Hmmmm...
Quote Rogue98 11-12-2022 10:14 PM
Apa2 jer lah....
Kau putus cinta pun still gedempol....org putus cinta sedih takde selera nak makan ok...
Quote susukambingbest 11-12-2022 10:21 PM
"Mengenai hubungan sama ada sampai di sini sahaja ataupun tidak, saya tak nafi dan tak kata ya. Daripadaawal saya tak pernah cakap apa-apa. Saya minta maaf kalau ada peminat cakap saya penipu".

Slagi ni jwpn hang, sis yakin hangpa mmg da kawin n belum brcerai lg. Psang surut dlm prkhwinan, biasa ler tu.
Quote LadyCarefree 11-12-2022 10:31 PM
shahirakay replied at 11-12-2022 07:47 PM
sejak dia memang sah jumpa pakar psikiatri, ai memang mula ada soft spot kat dia.. sabarlah menempuh ...

iols setuju. lainlah qiemkepampropa yg propa depression bagai. pi klinik sekali je doc bg ubat terus till now xdok citer depression sbb baca komen org ckp dia xhensem.
Quote KucingBiru 11-12-2022 10:41 PM
Iols bukanlah tak mau kesian kat orang yang ada depression.... tapi tu la. Kadang yang announce merata diri depression ni, suka cari lauk tambah untuk jadi lebih depress.

Iols confuse korang nak fix depression korang atau nak tambah sakit.
Quote doubleA 11-12-2022 11:49 PM
Kalau suara tak sedap, ko bagi la lirik/lagu tu kt penyanyi. Penulisan lirik tu karya juga. Mek jannah, cari la ketenangan dan kebahagiaan dgn sang Pencipta, kalau ko cari kat manusia memang akan kecewa
Quote immaryjane 11-12-2022 11:53 PM
Rogue98 replied at 11-12-2022 10:14 PM
Apa2 jer lah....
Kau putus cinta pun still gedempol....org putus cinta sedih takde selera nak makan  ...

Body she cantik lh. Sedap2 gebu penuh air gitchuuuu. Muke full tp still cantik.
Cantik lerrr dr dulu. Antara retis yg mnjadi haha
Muke dia buat iols curious cantik tang mana ek
Quote airmineral 12-12-2022 12:02 AM
lepas dia prob dgn silarusli tu, dia kapel dgn dini kan? pastu clash plk? dia ni ke yg problem sbnrnya?
Quote ohsoyaya 12-12-2022 12:12 AM
immaryjane replied at 11-12-2022 11:53 PM
Body she cantik lh. Sedap2 gebu penuh air gitchuuuu. Muke full tp still cantik.
Cantik lerrr dr du ...

She nampak gundu di mata iols walaupun xjauh beza je dgn Zizie Izzette masa muda. She masa muda gebu
Quote beatgirlX 12-12-2022 12:31 AM
Semoga baik² je ye Janna
Quote AcikBuncit 12-12-2022 12:36 AM
Lagu tu acik dgr xla sdp mne pn. Biase2 je liriknya.. Ke sbb janna yg nyanyi hahaha nk habaq, kalau nk tnjuk life sbenar dlm mv pn jgnla ko mengulit sgt ngn laki tu.. Nk tnjuk ko slalu ngulit cmtu ngn dini ke.. Bluekkk!
Quote nordin84 12-12-2022 12:48 AM
tgk interview melodi mmg nmpk heshe bersedih
Quote Itzy 12-12-2022 01:18 AM
Mau tak kecewa cam nak mampus, dah belen dibuatnya. Berpeluk2 sakan macam suami isteri, last2 sekali putus camtu saja. Orang jantan ni cerdik dia nak cari bini, dia akan cari perempuan yang tahu jaga maruah diri dan kesucian. Bila diri dah diraba2 dipegang sana sini, perempuan tu dah jadi cam coklat yang dibuka bungkusannya dah dijamah oleh semut2. Jantan tu akan fikir 100kali adakah perempuan ni pernah buat benda sama dengan jantan lain. Seharusnya sebagai wanita beragama islam, jagalah kesucian dan maruah diri, jangan biarkan lelaki ambil kesempatan pada diri kau atau serah diri kat lelaki tu. Kucing mana x suka ikan free?? Bila putus kemudian nak buat lagu sedih pula. Baik buat lagu nasyid lagi bagus. Tahi la.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050110 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top