Nama pelakon Puteri Sarah, 37, kini kembali menjadi bualan netizen selepas dia baru saja berkongsi foto memakai ‘dress’ bercorak hitam dan putih sambil tangannya memegang perut yang jelas nampak ‘baby bump.’ Menerusi hantaran di Instagramnya, isteri pelakon dan pengarah filem terkenal ini hanya menulis kapsyen ringkas iaitu ‘Morning’ dan seterusnya membiarkan wargamaya berteka-teki, lapor OhBulan.
Rata-rata peminat mula meninggalkan ucapan tahniah selain memuji wajah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang nampak berseri-seri. Selain itu, ada juga yang dapat ‘menghidu’ imej itu sekadar untuk watak dan lakonan Puteri Sarah. @farhanahkhalid: Berseri muka. @cinta_kamoo: Mengandung lagi. Anak comel dan lawa. Semoga bahagia selalu, Sarah dan Syamsul. Amin. @seharum_lavender87: Kalau betul, alhamdulillah. Tahniah. @miss____zana: Mesti orang sebelah sana terkejut tengok Sarah mengandung. @nellynorliza: Bukan gimik kan alhamdulilah tahniah. Ketika dihubungi OhBulan!, pelakon yang bakal melebarkan sayap ke Indonesia pada tahun depan menyatakan dia hanya ‘mengandung’ dalam lakonan terbarunya. Bagaimanapun, dia tidak menafikan perubahan berat badannya yang makin bertambah sehingga mencecah 59 kilogram (kg). Shooting la (ketawa). Tapi memang muka saya dah tembam macam mengandung. Bila tengok gambar eh kena pula muka dengan perut itu. Saya dah 59 kg sekarang. Saya yang nak tembam, hati tengah bahagia. Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata berkata dia kini bahagia dengan kehidupan baru. Masa ulang tahun kelahiran pada 1 Disember lalu, saya dah ada azam baru iaitu nak buang yang keruh ambil yang jernih. Saya nak move on. Tetapi saman tetap berjalan. Yang salah mesti didakwa. Cuma nak start move on dan jaga diri sendiri bagi gembira. Saya nak bahagia dengan anak-anak. Tahun depan pula saya nak fokus penggambaran filem di Jakarta, Indonesia.
Pandai juga Puteri Sarah buat "suspen" sampai ramai peminat dah ucap tahniah, rupa-rupanya gambar berlakon je. Terdahulu, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|