Baru-baru ini penyanyi Adira Suhaimi didakwa sudah bergelar ibu tunggal selepas tular sebuah video mengatakan dia sudah bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu. Menyangkal dakwaan itu, Adira,31, memberitahu dia masih bergelar isteri kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Jesteru, Adira meminta peminat agar tidak tertipu dengan fitnah dibuat oleh akaun TikTok berkenaan yang cuba meraih pengikut dengan mengambil kesempatan atas namanya, katanya sepertimana dipetik dari mStar. "Akaun palsu, jangan tertipu, tak payah follow. Mungkin dia nak followers sahaja itu. Alhamdulillah saya masih lagi dengan suami, masih sayang lagi," katanya. Adira turut berkongsi video dia sedang duduk semeja dengan Adnan sambil menikmati minum petang. Menurut mStar lagi, Adira sememangnya sudah lama tidak berkongsi gambar dia bersama suaminya di Instagram yang berkemungkinan menjadi punca tercetusnya khabar angin tersebut. Untuk rekod, Adira telah mendirikan perkahwinan dengan ahli perniagaan itu di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Sepanjang tujuh tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3 tahun manakala Ayub baru sahaja dua bulan.
|
primarikey replied at 11-12-2022 06:31 AM
Rapat2 anknya
Setaun sorg
bankerpencen replied at 12-12-2022 12:01 AM
Kekadang rasa minah ni kena scam jek dgn lakinya tu. Takpelah bukan sedara aku
rainbowrainz replied at 11-12-2022 05:19 AM
Yeaahhhh iols org pertama lagi yg komennnn....yak yak yeaahhhh..dpt hadiah tak
bankerpencen replied at 12-12-2022 12:01 AM
Kekadang rasa minah ni kena scam jek dgn lakinya tu. Takpelah bukan sedara aku
Temenung replied at 11-12-2022 04:19 PM
Best nye moto yg adira naik tu
ADVERTISEMENT