CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Salah? Lori Ke Proton Saga?

9-12-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4275| Komen: 46

Kemalangan antara dua kenderaan di bulatan kecil berdekatan Plaza Tol Bandar Baru Bangi menjadi topik perdebatan antara netizen yang ingin mengetahui siapa agaknya yang perlu dipersalahkan.


Kejadian yang tidak mengakibatkan sebarang kecederaan melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah lori itu dimuat naik menerusi akaun TikTok, @sunwalker30 semalam.




“Siapa agaknya yang bersalah dalam kemalangan seperti ini,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Hantaran tersebut seterusnya mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen di Twitter sejurus dikongsi oleh seorang pempengaruh (influencer), @AkeemSharyzal di platform media sosial berkenaan.

“Pemandu lori yang bersalah. Dia seharusnya keluar menggunakan lorong kiri tetapi dia bertindak sebaliknya. Manakala, kereta Proton itu pula sememangnya boleh keluar daripada lorong tersebut dan dia juga telah memberikan isyarat awal,” ciap seorang pengguna.

“Proton Saga itu yang bersalah sebenarnya. Bahagian dalam ‘roundabout’ tidak boleh keluar melalui lorong kiri melainkan ia selamat,” ciap netizen lain menerusi ruangan komen.

“Kedua-dua pihak tidak bersalah dan yang bersalah dalam hal ini adalah pembahagi jalan (divider) dan bulatan tersebut,” seloroh seorang lagi netizen.



Dalam pada itu, perbincangan tersebut seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna di media sosial Twitter.

“Pening sungguh melihat video ini dan sudah banyak kali mengulang kerana pada pandangan saya, kedua-dua pihak yang bersalah,”ciap seorang pengguna.

“Jika kalian berasa lori itu yang bersalah maka rasanya anda perlu melihat video tersebut berulang kali daripada awal semula. Kemudian bandingkan dengan ilmu yang dipelajari semasa kelas memandu dahulu,” ciap pengguna lain. -CARI

Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pilot 9-12-2022 05:52 PM
keadaan tak selamat utk saga tu exit bulatan...sape suruh amik lorong dalam bila dah tau nak keluar...pusing la 1 kali lagi ubah lorong utk exit bulatan tu..tau nak senang je
Quote _kelly 9-12-2022 05:59 PM
salah saga..dah tau nak exit duduk dekat lane kiri la..ramai driver sengal mcm ni
Quote renko 9-12-2022 06:19 PM
kalau tanya kt fb
apa2 yg bukan myvi suma xsalah
Quote Nham22 9-12-2022 06:22 PM
Iolls pantang betol kalau driver yg dh tau nak ke kiri tp sampai ke last minit masih dok lane kanan.. Dgn harapan nak potong terpaling depan nnti... Jilake tau driver mcm ni... Awal2x masuk lane kiri xboleh ke..
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2022 06:24 PM
Lain kali jumpa T-junction go straight jahlah
Quote Thunderclouds 9-12-2022 06:38 PM
Kalo xselamat jgn teruih main exit gituh. Roundabout kot. Bulih pusing skali lg & jgn dok dh lorong dlm pastu. Aku kalo ngn lori ni kalo aku betul pn aku mngalah ja. Keta xsakit,hati pn xsakit.
Quote Azhargoth 9-12-2022 06:42 PM
Apek sebelah rumah aku cakap "ini potong zaka mia silap"..
Quote airfilterkotor 9-12-2022 06:42 PM
Lagu itu ekceli amat merengsakan.
Kombo dengan TikTok, lagi rengsa.
Quote Skuau 9-12-2022 06:46 PM
salah mende...kan dh 'KENA'...tu........
Quote CiliPadiSedap 9-12-2022 06:55 PM
Saga tu bodoh pancung jalan lori. Lori tu jalan betul
Quote doubleharmonic 9-12-2022 06:56 PM
babi yang salah!

kesian babi asyik dipersalahkan!
Quote kemaruk 9-12-2022 07:20 PM
Yang salah lori

Ramai acik2 takde lesen rupanye
Quote ultra78 9-12-2022 07:46 PM
aku nampak kedua-dua salah lorong
Quote whimsicalmusic 9-12-2022 11:51 PM
aku nmpk lori salah, kalo saga tu bkn br masuk, die mmg dilorong yg btol la
Quote VespaSilbe 10-12-2022 06:44 AM
pegang fon la tu.. kalau kat bbb ni species babi sambil drive mata dok tgk fon berlambak.. nih mai balik musim pangku anak balik
Quote stingergrumpy 10-12-2022 06:52 AM
Yg pasti bukan salah ibu yg mengandungkheun
Quote mejaputih 10-12-2022 07:04 AM
Pening polis trafik nak saman siapa haha
Quote ulamalu 10-12-2022 07:18 AM
ultra78 replied at 9-12-2022 07:46 PM
aku nampak kedua-dua salah lorong

Rasa mcm tu juga.  Kena plan jd berada di lorong betul dan elak accident.
Quote shernazz 10-12-2022 09:44 AM
Kalau ikut bulatan..
Kita keluar bulatan..nak keluar pkl 3 atau uturn..kena amek lorong kanan..
Kalau keluar pkl 9 dan 12..amek lorong kiri tu..
Tu je..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.111277 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top