Sebelum ini, aktres Zahirah Macwilson pernah memuat naik perkongsian di laman TikTok yang memaparkan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees berebut untuk mengucup pipinya.
Baru-baru ini, tular sekali lagi sebuah perkongsian dimuat naik Zahirah di TikTok yang memaparkan rakaman Aiman dan Isaac berebut untuk memegang tangannya pula. Menerusi hantaran tersebut, Isaac memarahi Aiman yang sedang memegang tangan Zahirah dan turut ingin menggigit tangannya memandangkan dia tidak mahu melepaskan tangan Zahirah setelah dimarahi beberapa kali. “No! No! No!” jerit Isaac kepada Aiman di dalam video tersebut.
“Come on give me a chance. Please, I’m begging you. She’s my wife!” kata Aiman kepada anak sulungnya itu. “Hari itu berebut kiss now berebut pegang tangan,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat keluarga kecil ini dan turut memuji kecomelan mereka. Lebih-lebih lagi Isaac yang sering tidak memberi peluang kepada bapanya. “Hahaha semua dia punya. “A very possessive Isaac toward his mummy hehe. Sorry daddy, my mom is mine get in line hahaha. “So cute! nak berebut jugak tu. “Isaac jeles dengan daddy dia ni. Comel je,” komen netizen.
|
ariellin replied at 9-12-2022 05:26 PM
X lawa zahira dlm bideo tu
nadmal19 replied at 9-12-2022 04:43 PM
pastu? ape gosip nye...
ADVERTISEMENT