CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesuai Di Masa Depan Kerana Lebih Mudah, West Hollywood Lulus Tandas Neutral Jantina

9-12-2022 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 978| Komen: 1

LOS ANGELES: Majlis Bandaraya West Hollywood sebulat suara meluluskan langkah yang memerlukan semua bangunan perniagaan dan pembinaan baharu untuk menyediakan tandas neutral jantina.


Semua tandas awam tunggal di seluruh bandar telah diwajibkan untuk ditetapkan sebagai neutral jantina sejak tahun 2014, tetapi langkah terbaharu ini adalah mandat pertama untuk semua tandas yang mempunyai beberapa bilik air diarah untuk ditandakan sebagai neutral jantina.

“Saya perhatikan bahawa bilik air neutral jantina di semua tandas adalah sesuai di masa depan kerana lebih mudah,” kata Ahli Majlis, John M. Erickson memberitahu ABC News.


Foto: AFP

Perniagaan semasa tidak akan terjejas oleh undang-undang baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari ini melainkan mereka melakukan pengubahsuaian semula yang besar.


Keputusan West Hollywood dilaksanakan ketika isu penggunaan bilik mandi atau tandas awam oleh golongan transgender menjadi topik perbualan utama sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu, seorang lelaki transgender dari Virginia memenangi kes undang-undang terhadap bekas sekolah menengahnya selepas pentadbiran sekolah enggan membenarkan dia menggunakan bilik mandi lelaki ketika dia masih seorang pelajar. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-12-2022 07:00 PM
Akak lagi selesa kencing duduk ketimbang kencing berdiri

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059382 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top