Baru-baru ini kecoh satu video viral di Twitter dan TikTok memaparkan seorang individu lelaki tampil berani menyatakan harapan serta impian untuk golongan LGBT.
Dalam video itu dia memaklumkan golongan ‘sejenis’ seringkali dipandang serong oleh masyarakat dan berharap agar Malaysia mengiktirafkan golongan tersebut diterima serta yakin ia boleh membuat negara lebih aman. Susulan itu Naim Daniel dengan lantang menegur bahawa hal tersebut sememangnya tidak boleh dan haram di sisi agama Islam. "Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal," tulisnya.
Namun disebabkan teguran tersebut Naim Daniel dihentam oleh mereka yang menyokong golongan LGBT. Golongan berkenaan ‘terasa’ apabila Naim mengambil tindakan membalas dengan berkata ‘go have some lovely intercouse with your mom’. Kata individu yang berang itu, rasanya tidak perlu untuk Naim menyamakan hal golongan LGBT juga layak bercinta dengan melakukan hubungan intim dengan ibu sendiri. Malah, individu itu turut sempat memerli pelakon tersebut yang baru saja tweet Islamik tetapi berkata sedemikian. Apa pendapat anda? -CARI
|
immaryjane replied at 9-12-2022 03:36 PM
Mane yg dik naim ni reply tweet? Coz dia reply gitu mcm tengah panas hati haha. Tnjuk bagi habis, bg ...
darkness replied at 9-12-2022 05:03 PM
Betul lah kata naim tu...maksudnya mula2 perjuangkan lbgtq, last2 tak mustahil satu hari nanti nak b ...
darkness replied at 9-12-2022 04:03 PM
Betul lah kata naim tu...maksudnya mula2 perjuangkan lbgtq, last2 tak mustahil satu hari nanti nak b ...
ADVERTISEMENT