CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM156 Ribu Lesap, Lelaki Gantung Diri Sebab Kecewa Tertipu Dengan 'Phone Scam'

9-12-2022 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4857| Komen: 50

TEMERLOH: Seorang lelaki menggantung diri di sebuah kebun durian di jalan Felcra Kerdau di sini, setelah terpedaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’. 


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pukul 12.23 petang semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, pihak polis mengenal pasti punca mangsa gantung diri kerana diperdaya oleh sindiket penipuan ‘phone scam’.


Gambar Hiasan

“Sindiket penipuan itu menggunakan modus operandi menyamar sebagai syarikat kurier dan pihak polis. Kerana terpedaya, mangsa mengalami kerugian RM156,000.


“Ekoran kejadian itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan satu kertas siasatan mati mengejut juga dibuka,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Mohd. Azhar menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah panik sekiranya menerima apa-apa panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau dari mana-mana pihak.

“Semakan perlu dibuat terlebih dahulu kepada agensi-agensi berkaitan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa sindiket penipuan,” katanya. 

Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatkan informasi atau membuat pertanyaan berkaitan kesalahan jenayah komersial melalui aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 0132111222 atau menghubungi CCID Scam Response Center di talian 0326101599 atau 0326101559.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 9-12-2022 02:38 PM
tak payah la sayang duit sangat... duit boleh cari.... iols dlu pun rs geram n menyesal bg pinjam duit kat kawan ribu2... smpi ke sudah x bayar.... ibarat kena scam lah jugak.... lama jugak iols sakit hati... lama2 fikir hilang duit je pon... punya banyak nikmat di dunia ini boleh dinikmati...
Quote supernaturalee 9-12-2022 02:45 PM
asal ea...dh bnyk kes yg dilaporkan
still masih ramai yg terkena
sbb tu la dpt kol pelik2 jgn sembang lama2
risau deme ni guna ilmu pukau



btw 12.23 tengahari la sisthurrrrrr
"pihaknya menerima panggilan kejadian itu pukul 12.23 petang semalam"


Quote Kak-Rohana 9-12-2022 02:48 PM
Kerja bagai nak tercabot tulang duit lesap sekelip mata frust le member pun dek.
Quote namr 9-12-2022 02:50 PM
banyak betul scammer berleluasa sekarang kalo nombor tak kenal takpayah pick up atau install true caller
Quote cikatilia 9-12-2022 02:58 PM
sayang lah nyawa anda.. isk isk
Quote ketupatnasi 9-12-2022 03:06 PM
Ni scammer cukai tanah pulak tgh sebok call org tua2 kat kampung.
Tanah dh selamat tukau nama pun masih gigeh dihubungi lagik. Makcik aku cakap kat scammer tu.. 'Nenek tak koso do nak bayar cukai do. Maghi la tangkap nenek masuk an dalam jel. Buleh kau jago an sakit poning '
Quote KamikuP 9-12-2022 03:10 PM
Scammer ni kalau tak capai KPI depa pulak kene dera pukul dan direnjat letrik.. ekekeke
Quote Belibis 9-12-2022 03:18 PM
namr replied at 9-12-2022 02:50 PM
banyak betul scammer berleluasa sekarang kalo nombor tak kenal takpayah pick up atau install tr ...

Aku dapat call dah banyak kali dari no KL...trucaller hightlight scammer hong leong bank...
Kalau truecaller boleh detected...kenapa pulis tak dapat ??? Asyikkkk nasihat..nasihat orang ramai agar hati2..
Quote monreyes 9-12-2022 03:29 PM
supernaturalee replied at 9-12-2022 02:45 PM
asal ea...dh bnyk kes yg dilaporkan
still masih ramai yg terkena
sbb tu la dpt kol pelik2 jgn semban ...

my phone aku set je block incoming calls..trusted no..family je..kalau penting sgt ws lah...kadang2 dpt call unit trust..insurance nak hang up gitu je rasa kuang ajar..tapi mrk ni call x tentu masa..rengse
Quote MarryPottet 9-12-2022 03:38 PM
Dasar scammer celaka laknatullah
Semoga scammer, mereka yg terlibat dgn aktiviti scam serta pihak berkuasa yg melindungi scammer serta seluruh ahli keluarga keturunan mereka ditimpa kehinaan, musibah yg maha dahsyat!

Lihatlah wahai babi2 naharom para pencuci duit hasil scam yg galak menayang kemewahan di media sosial, duit yg korang enjoy tak hengat tu datang dari insan2 sebegini yg terpaksa membunuh diri selepas duit habis dikebas scammer laknatullah
Quote fairiza 9-12-2022 03:48 PM
Allahu kesiannya. Ada budak opis kene 200k. Dia ckp mcm kene pukau. 200k tu cane nak rasa x taula. Tapi dia kuat. X malu pun siap buat pengumuman demi nak ingatkan kawan2 yg lain. Sedih dengar time tu walaupun x kenal sgt.
Quote supernaturalee 9-12-2022 03:53 PM
monreyes replied at 9-12-2022 03:29 PM
my phone aku set je block incoming calls..trusted no..family je..kalau penting sgt ws lah...kadang ...

owh
klu fon iols xtau la mcmn die mcm dh ada tetapan tu dah
keluar no dgn Suspected Scam yg muncul
so better x angkat je lah



Quote samperit 9-12-2022 04:22 PM
Orix replied at 9-12-2022 02:38 PM
tak payah la sayang duit sangat... duit boleh cari.... iols dlu pun rs geram n menyesal bg pinjam du ...

itulah lain kali jgn bagi pinjam. biarlah org ckp kita mcm2. dah lah hilang duit, hilang kwn lagi. byk ke bg pinjam tu?
Quote samperit 9-12-2022 04:22 PM
fairiza replied at 9-12-2022 03:48 PM
Allahu kesiannya. Ada budak opis kene 200k. Dia ckp mcm kene pukau. 200k tu cane nak rasa x taula. T ...

byknya duit dia. simpan dkt acct biasa je ke?
Quote Orix 9-12-2022 04:33 PM
samperit replied at 9-12-2022 04:22 PM
itulah lain kali jgn bagi pinjam. biarlah org ckp kita mcm2. dah lah hilang duit, hilang kwn lagi. ...

3k je... tp ms bru2 lepas grad terasa la 3k tu....
Quote jfq 9-12-2022 04:36 PM
Kes2 camni la yg menteri fahmi kena fight for
Bukan sibuk nak blok tiktok contents
Quote ifanonline 9-12-2022 04:37 PM
scammer ni terdiri dr lelaki dan pompuan...scammer lelaki aku maki hamun je...scammer pompuan memang kena deraan sexual di talian
Quote syamzana 9-12-2022 04:37 PM
ketupatnasi replied at 9-12-2022 03:06 PM
Ni scammer cukai tanah pulak tgh sebok call org tua2 kat kampung.
Tanah dh selamat tukau nama pun m ...

sama larrr mak iols tadi baru inform td ada org pej apa entah tnya psl cukai tanah. cukai tak bayar katanya dekat 50k.
mujur mak iols bijak tnya balik, sejak bila kat trg hari jumaat org bekerja?pekerja swasta pun cuti. lagipun tanah makcik semua tukar nama anak2, biar la depa bayar
Quote ultra78 9-12-2022 04:40 PM
Kepada sesiapa yg terima call dari pihak polis ke,sprm ke,penguatkuasa ke, buat bodo aje dan letak telefon. Benda tu sah la scam. Kalau itu betul polis, patutnya mereka dah ketuk pintu rumah kau.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.174457 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top