CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak OKU Bergantung 13 Jenis Ubat- Ibu Rela Usung Pergi Kerja Sekali Sebab Serik Didera Pengasuh

9-12-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1499| Komen: 15

Kuala Lumpur: "Saya lebih rela mengusung anak kecil menunggang motosikal ketika bekerja berbanding melihat dia menjadi mangsa layanan buruk pengasuh," ujar penghantaran makanan (p-hailing) Azimah Abdul Rahim, 37.


Kisah Azimah tular di media sosial apabila gambarnya membawa bersama anak kecil, Nur Ainul Zahirah Rashidi, enam tahun yang buta dan dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) menunggang motosikal ketika bekerja.

Dia memberitahu terpaksa membawa anaknya ketika bekerja kerana serik menghantar anaknya kepada pengasuh.

Foto: Harian Metro

"Sebelum arwah ibu, Nuranin Kasman meninggal dunia, dia yang membantu saya menjaga Nur Ainul ketika saya keluar bekerja.


"Namun selepas ketiadaannya, saya pernah hantar Nur Ainul untuk dijaga oleh pengasuh," ujar ibu tunggal berkenaan yang menetap di Pantai Dalam di sini.

Menurutnya, dia kecewa mendapati ada antara pengasuh melayan anaknya dengan buruk berikutan anaknya adalah OKU dan bergantung pada ubat.

"Pernah beberapa kali saya melihat tubuh anak saya lebam dipercayai kesan dera oleh pengasuh.

"Bimbang Nur Ainul tidak menerima layanan sewajarnya, saya mengambil keputusan untuk membawanya sekali ketika bekerja. Walaupun sukar dan penat namun cara ini dapat memastikan dia sentiasa selamat di sisi saya," katanya.

Azimah berkata, anaknya itu bergantung kepada 13 jenis ubat selain perlu memakai lampin pakai buang walaupun usianya sudah mencecah enam tahun.

"Tidak seperti kanak-kanak lain, Nur Ainul tidak boleh dipaksa makan atau tidur. Perlu ada cara lembut untuk melayannya.

"Apa yang berlaku tidak ramai yang memahami kerenah anak OKU. Malah, ramai masyarakat memberi tanggapan buruk terhadap saya yang membawa anak ketika keluar bekerja tanpa mengetahui cabaran hidup dihadapi," katanya.

Menurutnya, dia sedih apabila diserang dengan pelbagai tuduhan termasuk membahayakan nyawa dan tidak sayang pada anak.

Berkongsi kisah hidupnya, Azimah berkata, dia tidak bernasib baik apabila pernah diberhentikan kerja sebagai pembantu pusat dobi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ketika itu saya terpaksa mengharap bantuan orang ramai selain ambil upah melipat baju. Saya kemudian ambil keputusan jadi penghantar makanan sejak dua tahun lalu," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang serta membantunya boleh menghubungi 019-2409380. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-12-2022 02:07 PM
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Semoga lepas kisah ni tular/masuk media, boleh dapat bantuan sewajarnya.
Quote margo20 9-12-2022 02:08 PM
Semoga dipermudah urusan
Quote Fly_over 9-12-2022 02:29 PM
kesian ye…
Quote supernaturalee 9-12-2022 02:34 PM
jenuh kan klu order yg dia ambik tu mcm dlm mall yg restoran die jauh ke dalam
letih oooo


moga dipermudahkan lah urusan kakak ni hendaknya

Quote airmineral 9-12-2022 02:45 PM
kesiannya.. lakinya mmg xde peduli ke? atau sudah meninggal? anak dia sakit apa smp 13 ubat?
Quote lolita737 9-12-2022 03:07 PM
semoga Allah merahmati akak dan murah rezeki selalu..
Quote hareeeesah 9-12-2022 05:18 PM
Kalau tgk vid dorg interview dia tu nampak sgt letihnya dia. as for kita yg serba serbi jauh lebih baik, anak sihat nakal sikit pun nk complain insaf btul rasa.. semoga Allah limpahkan lagi rezeki utk dia mudahkan urusan dia dgn anaknya. Mungkin tak didunia diakhirat yg kekal abadi..
Quote sambaldurian 10-12-2022 04:59 PM
Why not akak ni kerja mcm pembantu taska ke, sambil2 jaga anak org boleh jaga anak sendiri. Ajar anak berkawan ke.  Pembantu taska gaji x bnyk la, tp ada yg bg tempat tidur.
Quote mejaputih 10-12-2022 05:02 PM
sambaldurian replied at 10-12-2022 04:59 PM
Why not akak ni kerja mcm pembantu taska ke, sambil2 jaga anak org boleh jaga anak sendiri. Ajar ana ...

Aah pembantu taska boleh duduk situ dan dpt makan sekali utk breakfast dan tghr...
Quote KucaiHijau 10-12-2022 05:03 PM
Xde ke lelaki yg baik nak jdkan die isteri......lelaki kan boleh kawen 4
Quote felinecat 10-12-2022 05:40 PM
KucaiHijau replied at 10-12-2022 05:03 PM
Xde ke lelaki yg baik nak jdkan die isteri......lelaki kan boleh kawen 4

Depa nak kawen dgn yg muda2 lawa. Bukan nak membantu ibu tinggal..
BTW, bapa kpd anak ni dh xde ke. Waris2 belah bapa xde ke yg membantu
Quote liyamariska 10-12-2022 05:55 PM
Semoga dipermudahkn segala urusan utk wanita ini dn anaknya juga...
Quote iammummy 10-12-2022 05:59 PM
sedihnya..semoga dipermudahkan urusan..
Quote mamastoney 10-12-2022 07:11 PM
Ebit dah bantu kan aritu
Quote JohnDeSouza 11-12-2022 12:25 AM
sesapa yg boleh bantu dia buat bisnes online ke dr kendong anak dia ke hulu ke hilir

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.147836 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top