CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng China Beli 50 Rumah Mewah Secara Tunai, Setiap Buah Bernilai Sehingga RM7.59 Juta

9-12-2022 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3336| Komen: 29

Bangkok: Usahawan China yang juga suspek aktiviti pengedaran dadah, Tuhao dan ahli kumpulannya didakwa membeli 50 kediaman mewah di sebuah perkampungan di Bangkok, Thailand.

Polis yang mengesahkan perkara itu berkata, mereka membeli hartanah terbabit dengan wang tunai, lapor portal Thaiger.

Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok Selatan mengeluarkan waran tangkap untuk menggeledah seluruh kampung di Soi Laselle selepas menemui bukti bahawa Tuhao terbabit menjual dadah di kawasan itu.


Foto: Agensi

Terdapat 66 hartanah mewah di kampung itu bernilai antara 35 juta (RM4.43 juta) hingga 60 juta baht (RM7.59 juta) setiap satu.

Berdasarkan rekod, lebih 50 rumah dibeli oleh pembeli China melalui ejen Thailand, dengan wang tunai, sejak 2020.


Baki 16 rumah lagi dimiliki oleh warga Thailand yang menjual hartanah mereka dan meninggalkan kampung itu kerana mereka tidak tahan dengan pesta yang berterusan dan bising.

Seorang penduduk mengadu mengenai sebuah van yang mengelilingi kampung sepanjang malam dan membawa wanita cantik untuk melayan gangster.

Rangkaian kegiatan jenayah Tuhao semakin terbongkar selepas seorang lelaki China yang berkerakyatan Thailand, Chaiyanat Tuhao Kornchayanat menyerah diri kepada polis, minggu lalu.

Tuhao menyerah diri selepas mahkamah mengeluarkan waran untuk menahannya kerana disyaki bersubahat melakukan kesalahan mengedar dadah dan memiliki dan menjual bahan psikotropik.

Tuhao menafikan dakwaan dia terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

Isteri Tuhao, yang juga pegawai polis bahagian hal ehwal luar negara berkata, dia tidak tahu apa-apa tentang dakwaan mengedar dadah suaminya.

Terdahulu, polis merampas aset sebanyak 400 juta baht (RM50.58 juta) daripada Tuhao dan kumpulannya termasuk tiga rumah mewah, sebuah megapuri (penthouse) dan 10 kereta mewah.

Tuhao menjadi tumpuan apabila dia didapati mempunyai kaitan dengan pub haram Jinling yang diserbu polis di Bangkok, bulan lalu.

Penangkapan penjenayah China di Thailand yang dipertingkatkan mungkin ada kaitan dengan gesaan bekas ahli politik dan hartawan rumah urut, Chuwit Kamolvisit.

Chuwit memohon supaya Kementerian Kehakiman menyiasat kumpulan China yang melakukan pengubahan wang haram melalui 'perniagaan gelap' di negara itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 9-12-2022 02:16 PM
tu dia...duit banyak punya pasal, hampir satu kampung dia beli..
not bad jugak kampung tu..harga rumah juta2..

Quote supernaturalee 9-12-2022 02:25 PM
"polis merampas aset sebanyak 400 juta baht (RM50.58 juta) daripada Tuhao dan kumpulannya termasuk tiga rumah mewah, sebuah megapuri (penthouse) dan 10 kereta mewah"

megapuri = penthouse

baru tau

Quote airfilterkotor 9-12-2022 03:05 PM
supernaturalee replied at 9-12-2022 02:25 PM
"polis merampas aset sebanyak 400 juta baht (RM50.58 juta) daripada Tuhao dan kumpulannya termasuk t ...

Mari kita korek lagi. Wowweee.

Latar pentas. (back drop)
Anjung kopi. (coffee terrace)
Kira detik. (countdown)
Bilik acu. (fitting room)
Teratak desa. (homestead)
Inap desa. (homestay)
Jualan raksasa. (mega/jumbo sale)
Peristirahatan. (lounge)
Megapura. (megamall)
Megapuri. (penthouse)
Hadap taman. (parkview)
Persantaian. (resort)
Jerayawara. (roadshow)
Bicarawara. (talkshow)
Ujana teh. (tea garden)
Pramusaji. (waiter/waitress)
Jeda. (pause)
Pisang sejoli. (banana split)


....dan sebagainya.
Quote alieyrina 9-12-2022 03:24 PM
Tu dia x terjangkau dek akal harta byk mcm ni
Quote epullipan 9-12-2022 03:38 PM
dasat woo..China punya gangster kuasai Thailand pulak ke
Quote JunkMail 9-12-2022 03:48 PM
Aku rasa south east Asia ni memang playground gangster china ja…

Cina tanah besar memang diaspora ke seluruh pelusuk donia ni.. kat ceruk Amazon pun aku pernah jumpa kedai cina tapi tak berasimilasi dgn local..
Quote supernaturalee 9-12-2022 03:50 PM
airfilterkotor replied at 9-12-2022 03:05 PM
Mari kita korek lagi. Wowweee.

Latar pentas. (back drop)

wah
banyaknya
yg peristirahatan tu
igtkn typo
cari kt dbp mmg betul begitu ejaannya

saja nk tag @nolya
Quote supernaturalee 9-12-2022 03:51 PM
JunkMail replied at 9-12-2022 03:48 PM
Aku rasa south east Asia ni memang playground gangster china ja…

Cina tanah besar memang diaspora  ...

uol pnh pi amazon?
program ape tu
Quote JunkMail 9-12-2022 04:09 PM
supernaturalee replied at 9-12-2022 03:51 PM
uol pnh pi amazon?
program ape tu

Saja travel explore2... naik kargo boat susur sg amazon. Jumpa cina kat Iquitos..tapi cina memang mendunia di Peru..
Quote supernaturalee 9-12-2022 04:17 PM
JunkMail replied at 9-12-2022 04:09 PM
Saja travel explore2... naik kargo boat susur sg amazon. Jumpa cina kat Iquitos..tapi cina memang  ...

padatnya rumah area iquitos

haah, gugel maps jap ni



Quote Skuau 9-12-2022 06:48 PM
"kita talak tipu...kita pandai meniaga...maaa"-
Quote hasniey 9-12-2022 07:09 PM
Uiii terus jd kg dia.dasyat betol kaya dia
Quote sambaldurian 9-12-2022 08:00 PM
Sebab tu aku menyampah, construction skg buat harga rumah mampu tgk je instead mampu milik. Klu mampu tgk geng2 gini jela yg beli. Dorg fikir prospek utk non-malaysian.
Quote 3480 9-12-2022 08:33 PM
airfilterkotor replied at 9-12-2022 03:05 PM
Mari kita korek lagi. Wowweee.

Latar pentas. (back drop)

Sedap plak nama megapura..
Ala2 nama tempat/negara dlm cerita mlyu klasik..

Klu tukaq Megatron terus jd transformer
Quote Meiizu 9-12-2022 09:33 PM
Tuhao ni memang nak beli sekampung...tu saje buat bising buat kacau jadi org tpaksa jual
Quote venom1 9-12-2022 10:37 PM
DayangKirana replied at 9-12-2022 02:16 PM
tu dia...duit banyak punya pasal, hampir satu kampung dia beli..
not bad jugak kampung tu..harga rum ...

Alphard sampai 4 bijik?
Quote Dwdrum 10-12-2022 10:07 AM
JunkMail replied at 9-12-2022 12:09 AM
Saja travel explore2... naik kargo boat susur sg amazon. Jumpa cina kat Iquitos..tapi cina memang  ...

Di iran juga ada community depa
Quote airfilterkotor 10-12-2022 01:14 PM
3480 replied at 9-12-2022 08:33 PM
Sedap plak nama megapura..
Ala2 nama tempat/negara dlm cerita mlyu klasik..


Megapura One Utama.
Megapura MidValley.
Megapura Mydin.
Quote becir 10-12-2022 02:31 PM
Dwdrum replied at 10-12-2022 10:07 AM
Di iran juga ada community depa

I tengok one docu dulu way before masa kerajaan China ura2 nak buat project obor tu, Chinese entrepreneurs pakat teliti the route then bukak kilang dekat2 route ni in Iran.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.103182 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top