CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ustaz Ustazah Viral Jangan Suka Hati Jatuh Hukum Halal, Haram! Latar Belakang Pendidikan Pun Tak Diketahui"

9-12-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2435| Komen: 15

Pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Elyas Ismail tampil memberi pencerahan dan fatwa mengarut yang dikeluarkan oleh para ustaz dan ustazah tular kebelakangan ini.

Jelasnya, individu-individu yang memegang gelaran ustaz dan ustazah tetapi tidak diketahui latar belakang pendidikannya sesuka hati mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang tidak benar.

“Latar belakang pendidikan tidak diketahui tetapi bertindak sesuka hati mengeluarkan fatwa halal dan haram serta menjatuhkan hukuman neraka kepada golongan itu dan ini.

“Nabi ada menyebut bahawa puak-puak seperti ini tidak akan berdiam diri dan apabila ditanya saja soalan, maka mereka akan memberikan fatwa dengan penuh kejahilan dan tidak berilmu . Pada akhirnya, dia itu sudah sememangnya sesat dan menyesatkan orang ramai (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim),” katanya.


Ustaz Elyas Ismail


Ujarnya lagi, Allah SWT juga menyebutkan dalam Al-Quran, ‘jangan engkau menyebut dengan lidahmu secara bohong, ini halal, ini haram untuk mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah’ (Surah An-Nahl ayat 1-116).

“Sesungguhnya, Allah sudah mengajarkan kepada kita agar jangan sesuka hati menjatuhkan hukuman halal dan haram,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar sentiasa berhati-hati sewaktu mencari guru dan menasihatkan agar mencari guru yang sebenar-benarnya.

“Apabila hendak mencari guru, carilah guru yang benar-benar berilmu dengan ilmu yang benar kerana itu merupakan benda yang penting. Jika tidak, maka perkara-perkara seperti itu yang akan berlaku.

“Kadang-kadang, kita sukar untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Emas itu kuning tetapi bukan semua yang kuning itu adalah emas,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 9-12-2022 02:33 PM
Mic drop dari setad elyas.
Quote sufi^_^ 9-12-2022 02:52 PM
yang nurnetizen pun mudah benor bagi gelaran setad stazah, asal pakai kepiah tudung labuh terus iktiraf setad stazah, dapat beribu tollowers.

macam kebulur sangat nurnetizen kita nak cari ilmu agama, padahal pegi masjid atau majlis ilmu free je. ni hadap sangat nak follow setad stazah jadian.
Quote mdhelmi 9-12-2022 03:02 PM
best dengar ulasan2 ust Elyas kat utube
tak rugi subs
Quote juboqhang 9-12-2022 03:11 PM
Kalu ayah pin pun ada followers inikan pulak nurtizen kelas belakang. Last2 semua jd bengong.. tu belom lagi dajjal turun

Quote airfilterkotor 9-12-2022 03:30 PM
juboqhang replied at 9-12-2022 03:11 PM
Kalu ayah pin pun ada followers inikan pulak nurtizen kelas belakang. Last2 semua jd bengong.. tu be ...

Jangan lupa....
Setad Bumi Tidak Berputar.
Perjalanan Mimpi yang 'Terindah' (PMYT).
Ujung-ujung integer overflow ghopernyer.


Quote KamikuP 9-12-2022 04:36 PM
“Kadang-kadang, kita sukar untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Emas itu kuning tetapi bukan semua yang kuning itu adalah emas,” jelasnya.

tAHIK juga kuning sesuai buat ostaz dan ostazah jadian setaraf tahik cirit berwarna kuning keemeasan yg terselit bijik cabai
Quote samperit 9-12-2022 04:46 PM
airfilterkotor replied at 9-12-2022 03:30 PM
Jangan lupa....
Setad Bumi Tidak Berputar.
Perjalanan Mimpi yang 'Terindah' (PMYT).

jgn kutukkkk
Quote renko 9-12-2022 05:05 PM
PUnai2 plak terus senyap
babi tol
Quote lightheaded67 9-12-2022 06:20 PM
oooopssss tp tu lah. kite yg cabuk2 ni kadg koyak jugak kejap tu haram kejap ni korok kau dah kenaper acik, masalahnye bnde2 tak pernah dngo pulak tu dikluo nye hukum ahaha
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2022 06:22 PM
Ustazah gila dan majnun tersenyum sinis
Quote cikatilia 10-12-2022 10:38 AM
Doa2 le dia diam..

Harap2 ada tindakan kat dia

Caboi nau
Quote makiting 10-12-2022 10:42 AM
Sendiri claim diri setaz dan setazah walau masih tgh belajar kat negara padang pasir sinun..

Yg pembaca lak lagi galak panggil setaz setazah walau belajar pun lom abis.. asik sibuk buat content kat TT dgn IG
Quote PetitionWriter 15-12-2022 11:41 PM
korang bdk2 forum pun jangan terpengaruh dengan gay2 pondan pedo etis forum ni

bapok2 ni semua suka sebar ajaran sesat

ada tu menyamar padahal bukan Islam pun

mcm pastor @Darien_Fawkes @FOTHER-MUCKER dan tak lupa @dodolgemuk

kohkohkohkohkohkoh
Quote boo04 9-12-2024 08:06 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.304579 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top