CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siti Bainun Gagal Dapat Rakaman Percakapan 15 Saksi Yang Ditawar Pendakwaan

9-12-2022 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1071| Komen: 4

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas meneliti permohonan yang telah dikemukakan pihak pembelaan pengasas rumah kebajikan itu.

Sementara bagi satu lagi permohonan Siti Bainun untuk memanggil semula tiga saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan, mahkamah belum memutuskan sebarang keputusan atas alasan memerlukan senarai nama saksi yang diperlukan dan muktamad.

Foto: Kosmo

Pada 24 November lalu, Siti Bainun diperintah bela diri membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella.


Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 9-12-2022 01:35 PM
hidup menyusahkannn...
nak dapatkan rakaman lepas tu nak argue ler tu....
puihhhh laaaa.....
Quote makneng 9-12-2022 04:22 PM
Apa kata loyer asiyah? Dah lama x tengok fb sheolls
Quote boo08 5-12-2024 08:06 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:06 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.120172 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top