Putra Amaris tidak menyangka minat mendalam terhadap bidang dekorasi mampu menjadi salah satu cabang perniagaan apabila berjaya membina jenama sendiri iaitu Rumah Artis.
Amaris atau Muhammad Amran Ismail, 37, berkata, peluang perniagaan ini bukan sekadar keuntungan sebaliknya mahu membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan perabot atau aksesori rumah dengan harga mampu milik. "Barangan hiasan yang dijual di Rumah Artis ini harganya cukup berpatutan sebab ada item berkualiti tinggi tetapi dijual dengan harga RM1. "Di sini kami bukan sahaja menjual barangan kelengkapan rumah tetapi turut menyediakan perkhidmatan menyewa barang termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set penggambaran.
"Tak cukup dengan itu, kami turut menyediakan perunding hiasan dalaman iaitu Azirun Ramly jika pengunjung perlukan sebarang nasihat tentang dekorasi," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT