CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tabung Kecemasan Nad Zainal Dah Ditutup, Sumbangan Cecah Hampir RM44,000 Diserahkan Kepada Keluarga

9-12-2022 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6814| Komen: 42

Tabung kecemasan Nad Zainal yang dilancarkan sejak 29 November lalu berjaya meraih sumbangan hampir RM44,000.

Angka sumbangan tabung kecemasan yang kesemuanya berjumlah RM43,987.50 tersebut dikongsikan pelakon Sharifah Sakinah melalui laman Instagram. Menurut Sakinah, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada ibu dan juga bapa Nad untuk urusan selanjutnya termasuklah pembayaran bil hospital.


Foto: IG

“Salam semua, mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan dari rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang telah menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.

“Termasuklah rakan-rakan artis, sahabat dan guru-guru dari ASWARA, penerbit TV, rakan-rakan dalam media, industri fesyen, tatarias dan juga peminat-peminat Nad Zainal,” ujar Sakinah menerusi hantaran di Instagramnya.




Menzahirkan ucapan terima kasih atas doa dan sumbangan semua pihak terhadap sahabat baiknya itu, Sakinah juga memaklumkan bahawa Tabung Kecemasan Nad Zainal menerusi akaun Thespian Legacy sudah pun dihentikan seketika buat masa ini.

“Buat masa ini, kami akan menghentikan dahulu kutipan menggunakan akaun Thespian Legasy. Terima kasih kepada semua atas titipan doa dan sumbangan yang telah diberikan kepada sahabat kita. Semoga semua usaha kita ini dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” tulis Sakinah.

Terdahulu, Nad dua kali ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital KPJ Ampang Puteri akibat pendarahan dan kemerosotan oksigen dalam paru-parunya sebelum disahkan mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 9-12-2022 03:05 PM
brape banyak tabung derma kilat buat ni?thespian ri tu assiddiq..tapi tu la bila digabungkan insha Allah dpat banyak,,smoga NZ cepat sembuh..amin
Quote GreySuede 9-12-2022 03:08 PM
Syukur...hope NZ get well soon
Quote DeLuna85 9-12-2022 03:14 PM
Apa perkembangan terbaru nad zainal ye
Quote cikatilia 10-12-2022 10:40 AM
DeLuna85: Apa perkembangan terbaru nad z ...

Baca masih icu...lama gila naaaa.. mesti mahal kos.
Quote razzia 10-12-2022 10:46 AM
baca komen kat fb katanya dh bw kuar masuk hopital gov
Quote dua_chzy 10-12-2022 10:52 AM
razzia replied at 10-12-2022 02:46 AM
baca komen kat fb katanya dh bw kuar masuk hopital gov

Elok la. Artis sah2 dilayan baik di hospital.
Quote winky1 10-12-2022 01:31 PM
razzia replied at 10-12-2022 10:46 AM
baca komen kat fb katanya dh bw kuar masuk hopital gov

Alhamdulillah. KKM ok je klu artis tak BYK songeh ...apalagi klu artis yg mantap lakonan ...bawa bersyukur...jgnlah si sentap tu duk bersyarah kat sepital pulak...no worries ramai akak topi minat.
Quote nylliette 10-12-2022 02:29 PM
razzia replied at 10-12-2022 10:46 AM
baca komen kat fb katanya dh bw kuar masuk hopital gov

takde pulak UI nak warwar ye
Quote aidil8687 10-12-2022 02:46 PM
Semoga Nad kembali pulih. Amin
Agak lama beliau di wad, harapnya anggota badan yang lain berfungsi dengan baik sebab lama terbaring.
Quote Manjahati 10-12-2022 05:29 PM
Moga kembali sihat n dipermudahkan semuanya
Quote GreySuede 10-12-2022 08:15 PM
razzia replied at 10-12-2022 10:46 AM
baca komen kat fb katanya dh bw kuar masuk hopital gov

Spital ampang ke hkl sis?
Quote sharlenetexas 10-12-2022 08:19 PM
Catr ross eksiden dulu masuk htj, husm pastu kpj kalau tak silap.


Quote winky1 10-12-2022 08:19 PM
nylliette replied at 10-12-2022 02:29 PM
takde pulak UI nak warwar ye

Elok lah lebih manis utk keluarga pak Zainal. It s not just about now , future pun belum tahu.  
Quote jijiezie 10-12-2022 09:47 PM
GreySuede replied at 10-12-2022 08:15 PM
Spital ampang ke hkl sis?

Ye betul sahih, mengikut sumber yang blh dipercayai
Quote elnor_81 10-12-2022 10:44 PM
Ptt si ungku tu xde update sgt. Kt gomen rupanya..maklumla gomen ni ape2 akan update family je.
Quote NazRysha 11-12-2022 04:48 PM
Sikit jer sumbangannya, ingatkan boleh cecah rm100k
tengok sesama artis pun xder nya nak menolong
alhamdulillah kalau dah transfer ke hospital kerajaan
bagus sgt2
semoga cepat sembuh nad
Quote razzia 11-12-2022 05:06 PM
GreySuede replied at 10-12-2022 08:15 PM
Spital ampang ke hkl sis?

lupa pula yg komen tu kt hospital mana.katanya dia tahu pun sebab dia pun patient kat hospital yg nad kena transfer tu
Quote GreySuede 11-12-2022 05:13 PM
NazRysha replied at 11-12-2022 04:48 PM
Sikit jer sumbangannya, ingatkan boleh cecah rm100k
tengok sesama artis pun xder nya nak menolong
al ...

Ni tbg lain. Ada satu lg tabung as siddiq ka? Akan tutup senin sok.
Quote jijiezie 11-12-2022 07:25 PM
razzia replied at 11-12-2022 05:06 PM
lupa pula yg komen tu kt hospital mana.katanya dia tahu pun sebab dia pun patient kat hospital yg  ...

Dekat hkl

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.171927 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top