Wi-Fi semakin popular dan menjadi perkataan yang melekat pada bibir pengguna IT pada masa kini. Teknologi pautan tanpa wayar ini memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian kita. Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsian di Facebook Mazliana Mazlan yang mengundang pertikaian warga maya. Menurut Mazliana, radiasi Wi-Fi mampu mengganggu DNA dan sel otak anak. Selain itu, Wi-Fi juga mampu membuatkan tidur anak tidak berkualiti. Jadi, beliau menasihatkan kepada ibu bapa agar menutup Wi-Fi sebelum anak tidur. |
ADVERTISEMENT