CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri 65 Tahun Akhirnya Terungkai, Identiti Kanak-Kanak Mati Dibunuh Dan Disorok Dalam Kotak Dikenal Pasti

9-12-2022 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2382| Komen: 17

Identiti seorang kanak-kanak yang ditemui mati dibunuh 65 tahun lalu, tidak diketahui.

Namun identiti tersebut dapat dikenal pasti menggunakan teknologi baharu yang canggih.


Kes yang berlaku di Philidelphia, Amerika Syarikat, akhirnya mendapat maklumat mengenai identiti si mati buat pertama kali pada Khamis.

Dia dikenal pasti sebagai Joseph Augustus Zarelli, yang dilahirkan pada 13 Januari 1953.


Foto:Daily Star

Ini bermakna dia berusia tidak lebih daripada empat tahun ketika dibunuh secara tragis.

Pada 1957, mayatnya ditemui dalam keadaan berselimut di dalam sebuah kotak kadbod di sebuah kedai.


Pakar percaya mangsa telah dibunuh beberapa hari sebelum mayatnya ditemui.

Difahamkan, kemajuan dalam sains sekitar teknologi DNA adalah kunci kepada pendedahan identiti mangsa.

Dengan nama Joseph kini diketahui, kes tersebut diteruskan untuk penguatkuasaan undang-undang.

Polis berkata, mereka telah berhubung dengan keluarga sebelah ibunya dan difahamkan mengetahui identiti ibu bapa kandungnya. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-12-2022 08:25 AM
Ni yang budak dalam kotak ditinggalkan tepinjalan tu ek..kesian gila..iols rasa cm.nanges tgk gambonya
Quote supernaturalee 9-12-2022 08:25 AM
more details on this case

https://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Joseph_Augustus_Zarelli
Quote kaoru44 9-12-2022 08:33 AM
kesian bdk ni...akhirnya dpt tau jgk identiti..
Quote cmf_premierleag 9-12-2022 08:36 AM
Kesiannya pakcik joseph
Kalo ditakdirkan umur panjang, skang ni dh 69thn. Muda setahun dr TS Hassan Merican
Quote kaoru44 9-12-2022 08:38 AM
yg ni kann..
BoyInBoxPoster.jpg
Quote dua_chzy 9-12-2022 09:22 AM
Mak bapak dia ka yang bunuh dia? Takda reported as missing person?
Quote dua_chzy 9-12-2022 09:26 AM
Mak bapak atau penjaga.

Baru nak baca Wiki.
Quote cikatilia 9-12-2022 09:47 AM
kesiannya budak ni.. sedih..
Quote DayangKirana 9-12-2022 10:16 AM

sus ni mak nye.. Cynthia Zarelli

the boy apparently comes from a prominent family in Philly.. mak bapak pon dh passed away..
but serioulsy pelik, if this boy was missing / kidnapped, await depa tak report police..memang highly sus..
Quote Supersirap 9-12-2022 10:20 AM
Anak syurga
Quote AkokKocik 9-12-2022 10:28 AM
Pernah ada dokumentari atau filem pasal budak ni, A boy in the box, seingat aku camtu tajuknya.
Quote cattiecute 9-12-2022 10:30 AM
DayangKirana replied at 9-12-2022 10:16 AM
sus ni mak nye.. Cynthia Zarelli

the boy apparently comes from a prominent family in Philly.. mak  ...

katanya blanket yang balut dia tu pun dari blanket mahal kan.
so ramai syak memang dari family ado2 masa zaman tu.

Quote mamajawie 9-12-2022 10:31 AM
DayangKirana replied at 9-12-2022 10:16 AM
sus ni mak nye.. Cynthia Zarelli

the boy apparently comes from a prominent family in Philly.. mak  ...

rasa mak pak dia yg bunuh tapi tengok gambar mayat budak tu kurus nau macam x makan..Allahuakbar kenapa la kejam sangat kat budak2 ni..iolls punya sedih psal baby SIDS kat sarawak smalam x habis lagi ni plak psal budak ni..hmm

Quote Jiddin 9-12-2022 11:17 AM
DayangKirana replied at 9-12-2022 10:16 AM
sus ni mak nye.. Cynthia Zarelli

the boy apparently comes from a prominent family in Philly.. mak  ...

Tu la. Dah la from a prominent family. Tetiba meols terpikir ntah2 a case of babies switched at birth. The poor Zarellu baby tiba2 dapat dekat red neck family thus pengakhirannya begitu
Quote ctaz 9-12-2022 11:22 AM
sekurang2nya syurga tpt dia....
Quote boo08 5-12-2024 08:06 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:06 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046698 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top