CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mencela Parti Dan Presiden, MKT UMNO Pecat Dua Ketua Wanita Dan Seorang Ketua Bahagian

9-12-2022 07:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1226| Komen: 7

KUALA LUMPUR – Dua ketua wanita bahagian dan seorang ketua bahagian UMNO dipecat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada mereka.


Mendedahkan perkara itu, Ahli MKT, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat selepas ketiga-tiga mereka didakwa mencela parti termasuk Presiden UMNO.

Bagaimanapun, Mohd. Puad tidak mendedahkan terperinci individu yang dikenakan tindakan tersebut, namun hanya memaklumkan mereka bukan daripada MKT.


Puad, Foto:Kosmo

“Ada dipecat, ahli UMNO bukan MKT. Tiga orang, dua daripadanya ketua wanita bahagian dan seorang ketua bahagian kerana mencemuh parti serta berkempen untuk pihak lawan,”katanya selepas menghadiri mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.


Mengulas lanjut beliau berkata, MKT meminta parti bertindak tegas kepada mereka yang bukan sahaja mencemuh parti tetapi juga kepada Presiden parti.

Terdahulu, dalam mesyuarat MKT yang berlangsung lebih dua jam itu, dua naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir.

Difahamkan, Ismail Sabri tidak menghadiri mesyuarat MKT kerana perlu menghadiri program lain, manakala Mahdzir tidak dapat dipastikan kenapa beliau tidak hadir malam ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 9-12-2022 08:41 AM
H2O bila nak pecat?? Ada brannnn??
Quote Kitty_catz 9-12-2022 08:50 AM
adakah umngok bakal berkubur??

arwah dulu baik orang nyierrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Quote maharani_gebu 9-12-2022 09:00 AM
Ni kalau kat Korea Utara hukum tembak dah nie
Quote laksmanabentan 9-12-2022 11:46 AM
penjilat tegar nih.... jilat jangan tak jilat.... slurrrpppp....
Quote krustykrab 9-12-2022 11:57 AM
Diorg dh nmpk sinar bersinar² sb tu pecat sana sini...untung² projek baru nnt dlm tangan
Quote boo08 5-12-2024 08:06 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:07 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.145632 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top