CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tekanan Perasaan Sebab Hal Keluarga, Mak Guard Bakar Al-Quran Di Parkir Pagi-Pagi Buta

8-12-2022 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2056| Komen: 15

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan ditahan selepas dipercayai membakar helaian naskah al-Quran dalam kejadian di parkir sebuah premis di Jalan Ampang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diberkas di lokasi kejadian pada pukul 2 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan tangga dua, tempat letak kereta sebuah premis di Jalan Ampang pada hari sama pukul 1.15 pagi.

“Motif kejadian masih belum diketahui, namun siasatan mendapati suspek mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Gambar Hiasan


Noor Dellhan berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang berusia 32 tahun tidak mabuk dan bebas pengambilan dadah.

Jelas beliau, semakan ke atas rekod kesihatan mendapati wanita itu tidak mempunyai masalah mental.

Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara kerana kesalahan tidak bawa kad pengenalan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 8-12-2022 05:56 PM
Dah terlampau putus asa....
Quote Itzy 8-12-2022 10:00 PM
Mungkin ini yang dikatakan dalam hadith nabi berkenaan akhir zaman iaitu malamnya jadi muslim, esok terus jadi kafir. Takkan kerana tekanan terus nak bakar Quran jadi murtad. Ya Allah dahsyatnya manusia zaman ni, seburuk2 perangai aku takkan terniat di hati aku nak bakar Quran kalam suci Allah. Ya Allah lindungilah semua umat islam dari fitnah dajjal. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Quote intan244 9-12-2022 02:07 PM
muda lagi mak guard nya. ujian hidup semua orang x sama. kalau serabut saya suka dgr asma ul husna.
Quote Simunggu 9-12-2022 02:30 PM
mungkin itu baru sedikit Allah perlihatkan...itu baru surface....barangkali ramai sudah murtad di KL
Quote brego 9-12-2022 02:41 PM
itu hari pompuan giler langgar polis,
sekarang pompuan giler bakar Quran.

di akhir jaman banyak pompuan sudah giler

[youtube]KjsVDXVpt_I[/youtube]

Quote supernaturalee 9-12-2022 03:01 PM
"Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara kerana kesalahan tidak bawa kad pengenalan"

klu keluar pi jogging xbwk ic pun
blh kena saman jgk ea

Quote pooh~key 9-12-2022 03:05 PM
Itzy replied at 8-12-2022 10:00 PM
Mungkin ini yang dikatakan dalam hadith nabi berkenaan akhir zaman iaitu malamnya jadi muslim, esok  ...

Iyalah kan sis. Akhir zaman ni, munafik pun banyak sister.

Akaklah tu salah sorangnya sis. Elokkkk jah ada al quran tersimpan rapi kat rumah akak nun sis, walaupun hakikatnya akak kapir sis.

Esok2 tetamu tengok, ingatkan akak muslim sejati lagi suci gituh sis. Kohkohkoh.
Quote lightheaded67 9-12-2022 07:27 PM
Edited by lightheaded67 at 9-12-2022 07:51 PM

entahla. aiolz dh tak kuasa pening kepala. ikot flow jah, org tak suka kita jgn paksa, org suka kita jgn thegeh2 lagi pulak. kalau bab agama, mmg jaga hat wajib jah, solat puasa zakat haji umrah amar makruf nahi mungkar kelaku kasi elok mintak ampun dosa lama mintak ptunjuk hidup masa depan, kalau hat lama ade tggal solat puasa,qada jer tak payah bnyk pikir. bab ngaji quran tu smua org pun buat. cuma nk bg ubat time koyak, tgk ceramah yg btemakan tafsir quran lah. tu jelah. yg hat wajib tu, yg hari2 kena buat solat jah. hat lain puasa zakat umrah haji bukan nya hari2 kena buat. kalau mai koyak, kena perhati diri sndiri cari trigger. ustaz ckp, dlm dunia ni bayang kn kita pegang bnyk tali ( tggungjwb/ priority). satu tali tlebih tarik, yg lain mesti dh kita kasi loose atau lepaskan. so life akan jadi unstable kalau kita excess kat mana2. tlebih sayang anak ke, tlebih manja laki ker, tlebih layan malas ker, tlebih layan gila ke. huhu nk explain tak reti lah tgk lah bidio nya nah link

https://youtu.be/ZAHiP5GvLik

lagi satu ni

https://youtu.be/H2JS83nJYEM

tgk start minit 14.32.. nk tgk dri mula pun boleh. try hidop jgn susah2 pikir/taruk expectation tggi
Quote asmurai 9-12-2022 07:33 PM
Tak yah dah beranak ramai ramai nanti anak besar mak bapak tak sediakan sedikit sebanyak duit tak ada kerja tekanan hidup susah jadi gila
Quote antikorok 9-12-2022 10:31 PM
So, lepas dah bakar kitab suci auto hilang tak tekanan perasaan tuh?
Quote edayildiz 10-12-2022 03:14 AM
mayb stress ngn hidup ..rasa mcm byk nau mslh..macam dia rasa nape Allah xsyg dia..tu yg gitu kot..done speku
rasanya dh thp depress kot
Quote hayrin86 10-12-2022 09:17 AM
Terlampau tidak senonoh.. Baik bakar rokok tanpa mengira jenama daripada bakar kitab al-Quran..
Quote Nnasda53 10-12-2022 11:02 AM
Moga dia bertemu sebaik2nya petunjuk dalam kehidupan dia.
Sebab itu di larang sama sekali kebergantungan hidup pada manusia.
Pengakhirannya membawa rasa kecewa.
Semoga baik2 sahaja buat dia.
Quote boo08 5-12-2024 08:07 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:07 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046099 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top