Kuala Lumpur: Mengimport bekalan telur ayam dari negara luar bukan penyelesaian terbaik kepada masalah kekurangan sumber protein itu.
Pengarah Urusan Rangkaian Pasaraya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu. Katanya, sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong. "Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi," katanya yang dipetik FMT Bussines.
Ameer berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi. Dalam pada itu, Ameer berkata, sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, pihak berkenaan perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik. "Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara berkenaan. Namun sukar untuk melihat bagaimana langkah mengimport telur ini dapat menyelesaikan masalah. "Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini. "Harga telur paling rendah adalah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78). "Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata, satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji. Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis itu dan ia menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran. "Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tripleid replied at 8-12-2022 04:08 PM
Semua tak masuk akal ye..mcm Pas yg dulunya sokong 100% hapus monopoli Bernas..tapi sbb skrg dah jad ...
Perwira2022 replied at 8-12-2022 04:12 PM
Orang bincang pasal telur Mat Sabu, dia menggelabah meraban citer pasal beras pprpprprrftttttt ...
pekanwoohoo replied at 8-12-2022 04:07 PM
Apalah nasib Malaysia ni. Orang yang cetek pemikiran, qualification pun diploma masakan tak habis be ...
Perwira2022 replied at 8-12-2022 04:12 PM
Orang bincang pasal telur Mat Sabu, dia menggelabah meraban citer pasal beras pprpprprrftttttt ...
pekanwoohoo replied at 8-12-2022 04:07 PM
Apalah nasib Malaysia ni. Orang yang cetek pemikiran, qualification pun diploma masakan tak habis be ...
mamajawie replied at 8-12-2022 04:00 PM
apa la korang nak harapkan dari si mat sabun jadi muntri?elephants fights, grass in between dies rot ...
ADVERTISEMENT