CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom Bukan Perampas! Fuad Rahman Memang Tak Serasi Dengan Isteri, Enam Bulan Je Boleh Tahan

8-12-2022 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13489| Komen: 118

Fuad Rahman menegaskan Tom bukan seorang perampas dan punca dia dan isteri mahu bercerai hanya selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, dia dan isteri sepakat untuk bercerai kerana sudah tidak mempunyai keserasian sebagai suami isteri malah mereka sudah lebih tiga bulan tidak tinggal bersama.



Foto: IG

"Saya dan isteri sudah lebih tiga bulan tidak bersama... sekarang dalam proses untuk urusan perceraian di mahkamah. Jadi tak timbul isu kononnya Tom menjadi punca saya bercerai.

"Perkahwinan kedua saya hanya bertahan enam bulan sahaja. Kami sepakat untuk bercerai kerana tiada lagi keserasian dalam rumah tangga," katanya kepada mStar.


Fuad mendedahkan perkara itu selepas Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta sejak seminggu lalu.



Tom turut mendedahkan Fuad sebenarnya adalah bekas teman lelakinya dan cinta mereka kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah dan tidak menyangka kembali bertemu ketika sama-sama menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Dalam pada itu, penyanyi asal Singapura ini berkata, dia tampil menjelaskan salah faham itu kerana ada dalam kalangan netizen yang menuduh mereka tidak menjaga batas hubungan meskipun masih bergelar suami orang.

Enggan menimbulkan fitnah dalam kalangan peminat, Fuad berkata, dia dan Tom sepakat mendedahkan mereka kini sedang bercinta selepas tular video memperlihatkan aksi mereka berdua.

"Orang boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Bekas isteri saya pun tahu hal ini dan dia berharap urusan kami berdua dapat diselesaikan segera.

"Saya terbuka untuk beritahu sedang bercinta kerana tidak mahu ada salah anggap... mungkin selepas ini orang akan nampak kami bersama, jadi tiada lagi tanda tanya," jelasnya.



Bagaimanapun Fuad enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan keduanya pada April lalu itu dan menganggap jodohnya dan isteri tidak panjang.

Bercakap hubungan dengan Tom, Fuad berharap dapat menebus kembali segala kesilapan yang pernah dilakukan kepada Tom suatu ketika dahulu termasuk meninggalkan penyanyi itu selepas ditahan pihak polis akibat penyalahgunaan dadah.

"Kami mula kena sejak 2005 namun hubungan ketika itu on and off. Pada 2010 saya ditahan dan dikenakan hukuman penjara. Sejak itu saya tinggalkan Tom.

"Bayangkan bagaimana dia hidup susah seorang diri apabila saya pergi begitu sahaja. Kali ini saya mahu tebus kembali kesalahan lalu.

"Perancangan untuk berkahwin itu tentulah ada tetapi buat masa ini biarlah kami fokus kepada karier masing-masing terlebih dahulu," katanya.


Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertama Fuad, dia dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun.

Manakala Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga orang cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 8-12-2022 03:40 PM
Such a lame excuses.. Kata tom kekasih lama dr 2005..berpisah sbb masuk penjara kan.. Oh woww cinta berputik semula kan..
Quote Cpkay 8-12-2022 03:41 PM
sama sama bertatooo .. sepadanlah tu
Quote prince_marhaen 8-12-2022 03:49 PM
dah merasa lettuwww.... as per expected pun... tak payah berbual panjang.. ex gepren lah ex boipren lah... jangan jadi geng mendadih dan geng kembali mencacah sudah lah ye..
Quote ayukpingu 8-12-2022 03:51 PM
memang la tak sepadan fuad oii...bekas bini kau tu bertudung, ntah2 cerah lagi masa depan dari kau.
kau teruskan lah dengan naughty and cheeky girl. sesuai dengan jiwa kau kan?  mohon berambus
Quote lilacomot 8-12-2022 03:56 PM
nk menegak kan benang basah lak si hanat ni..mmg babi penyondol pun kan...tp mmg sekufu sgt depa dua yg hanyir ni...jijikkkk
Quote Adeakukesah11 8-12-2022 03:58 PM
Dia ni  nmpk busuk!
Quote Nozot 8-12-2022 04:05 PM
Hebat spekuan acik- acik forumer, menjadi kenyataan..
Quote mawarkhayalan99 8-12-2022 04:08 PM
banyaknya thread kelindan lori sampah dan sampahnyaaaa
Quote doubleA 8-12-2022 04:08 PM
Sekufu la dua2 busuk kepam. Kesah plak, puad je pun bukan prince mateen ke kurang2 anuar jen ke hel huseni ke biar la deme dua masuk ice box frozen balik
Quote doubleA 8-12-2022 04:09 PM
Clip umar juara gv8/7 tu pun sendu inikan plak 2 org kelindan tombak ni
Quote Goodluckdontcry 8-12-2022 04:15 PM
Statement ko mamat belacan...org persoal xjg batas hubungan meskipun masih bergelar suami org...dey tambi, jg batas ni bila ko berbini je ke?? Klu ko xberbini, xpyh la jg batas2 sbg seorg hamba??

Klu gini la yg keluar dr mulut ko...maka mmg ko ni ibarat thp tangki indah water la kelakuan ko..sepadan la dgn muka ko yg too below par...serashi bersama perangai dgn muka dan juga girlpren belacan ko...sama jer..sekutu la org kata..sbb sama2 mcm kutu...huduh... kehkehkeh ( errr den mmg nk kutuk sbb perangai 2 ketul ni mmmm tahla menyampah tgk)...
Quote Thunderclouds 8-12-2022 04:17 PM
Bagai pinang dibelah dua. Sekufu! Cepat2 kawen yachh
Quote noorhairiahma 8-12-2022 04:19 PM
jam jantan tu macam ada bentuk jam richard mille. richard mille ke tu?
Quote petpot 8-12-2022 04:22 PM
ni ker lelaki yg pemalu bila jumpa perempuan tunduk pandangan matanya.
hahahahahahahahaha.
Quote missbigrockstar 8-12-2022 04:23 PM
Oh pernah ada history lah depa dua ni.
Quote KamikuP 8-12-2022 04:34 PM
Sekufu yaachh.. moga berbodohan
Quote minahmanja 8-12-2022 04:36 PM
Kenapa korang marah diorg ni couple.. bior dilantaknya.. kita tgk je brape lama leh tahan.. putus kang kita tepuk tgn ramai2..
Quote bulalof 8-12-2022 04:42 PM
dah tua tua pun boodooh!
Quote miszclassique 8-12-2022 04:46 PM
Dah 3 bulan tak bersama? Maksudnya time baru start gv la kan

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.099608 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top