CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Salah Guna Dana RM600 Bilion, Tengku Zafrul Belum Dapat Panggilan Sprm

8-12-2022 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1083| Komen: 3

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau belum menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.


Foto: Kosmo

“Setakat ini tak dapat apa-apa panggilan dari SPRM, kalau dapat kita adakan beri kerjasama, tiada apa pun yang kita mahu sorok. Saya lebih daripada bersedia sekiranya dipanggil.

“Saya tidak mahu jelaskan buat masa ini (berhubung isu berkenaan), kita tunggu dahulu belum ada apa-apa nak dijelaskan. Paling penting kalau ada apa-apa isu berbangkit yang tidak betul kita highlight (tonjolkan), saya rasa tiada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas majlis pelancaran jenama kenderaan elektrik dari China, BYD yang diadakan di sini sebentar tadi.

Terdapat laporan sebelum ini yang menyatakan Tengku Zafrul, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 8-12-2022 05:11 PM
nak dapat call apa kebenda nya

dia sebelum ni adalah menteri kewangan

kuasa menteri kewangan boleh je bypass everything

sprm nak check kot mana lagi
Quote boo08 5-12-2024 08:08 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:09 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.035578 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top