Baru-baru ini isteri Hqiem Rusli, Anis Sofea telah memuat naik satu video memaklumkan penyanyi itu dijangkiti penyakit beguk.
Menerusi video yang dikongsi oleh isterinya @anissofea mereka berada di klinik bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit beguk. Isterinya terhibur dan gelakkan Haqiem apabila melihat wajahnya bengkak akibat beguk. Dia juga sempat meminta tips dan pendapat dari orang ramai cara-cara untuk redakan beguk. "Jahat lah kita gelakkan suami kita kena beguk. hahahhahahahhaa btw any suggestions untuk redakan beguk please!!"
Di ruangan komen posting tersebut, ramai yang memberikan cara-cara untuk redakan beguk dengan menggunakan nila dan cuka. Ada juga berpesan kepada isterinya supaya jangan terlalu gelakkan Haqiem, kerana kebarangkalian untuk berjangkit itu tinggi. "Sapu nila dekat tempat beguk sambil selawat insyaallah hilang..dulu saya selalu buat alhamdulillah susut "Kalau rawatan kampung, you cari nila serbuk tu,campur dengan kapur yang makan tu,gaul sekali bagi cair,pastu sapu,saya selalu kena time kecik,tu ubat dia "Jangan ketawa sangat nanti jangkit hhahahahahahah aku pernah kena beguk kawan kelas gelak terus berjangkit, last-last separuh orang dalam class MC HAHAHAHA."
|
bulalof replied at 8-12-2022 02:43 PM
tu pun nak cerita 1 dunia
ADVERTISEMENT