CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sheila Majid Dah Tak Sabar Nak Jadi Nenek, Tapi Anak Belum Sedia Nak Melancong Berdua Dahulu

8-12-2022 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2402| Komen: 10

Datuk Sheila Majid, 57, sudah bersedia untuk bergelar nenek, namun masih belum ada rezeki menimang cucu.

Terdahulu, anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan melangsungkan perkahwinan dengan Nik Nuralia Nik Fauzi, Februari lalu.



Foto: IG

"Cucu, belum lagi. Bila tanya, mereka (anak) kata nantilah, nak travel (melancong) lagi. Jadi, saya serahkan pada mereka bila masing-masing sudah sedia memiliki cahaya mata.

"Untuk saya, memang dah sedia nak jadi 'grandma' (nenek). Sentiasa bersedia. Anak saya, baru seorang yang sudah berumah tangga. Kayda belum lagi. Dia nak kumpul duit dulu," katanya ketika ditemui pada sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023, semalam.


Selain itu, Sheila juga turut mengimbau kenangan dua tahun lalu di awal kehadiran pandemik Covid-19 yang disifatkan membawa hikmah tersendiri buat dirinya.



"Ketika penularan Covid-19 pada Mac 2020 lalu, saya tak dapat ke mana-mana dan tidak sibuk dengan kerja. Saya duduk di rumah, menjaga Allahyarham ibu siang dan malam.

"Alhamdulillah, saya anggap ia satu rahmat yang juga rezeki Allah buat saya apabila betul-betul dapat luangkan masa sepenuhnya dengan arwah ibu selama lima bulan untuk jaga, mandikan dia dan buat apa saja untuknya.

"Pada 1 Ogos tahun itu, ibu saya yang berusia 96 tahun akhirnya dijemput Ilahi kerana sakit tua. Sebagai anak dapat menjaga arwah sepenuh masa di saat-saat akhirnya sebelum menutup mata, saya bersyukur Allah hadirkan peluang itu," katanya.



Sheila berkata, dia memang ada sediakan jururawat dan juga pembantu rumah untuk menjaga ibunya apabila keluar bekerja, tapi tetap berdoa jika apa-apa berlaku kepada ibunya, biarlah waktu itu dia berada di Kuala Lumpur.

Ibu Sheila, Allahyarham Datuk Paduka Saadiah Adam menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, di sini, jam 4.30 pagi pada 1 Ogos lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-12-2022 02:08 PM
Sheols ni nampak classy je kan.... comel lote... anak-anak tak berapa menurun sangat genetik comel Sheila & Acis kan.. Acis tu dulu sooooo cute dengan dimple dia... bujang trang tang lagi masa kawin ngan DS kan.. Anak dengan Roslan Aziz pun ikut gen apak dia..
Quote makita 8-12-2022 02:48 PM
Rantai pearl tu mcm beli 8 meter, potong2... sorg lilit 2 meter kat leher
Quote NazRysha 8-12-2022 02:57 PM
prince_marhaen replied at 8-12-2022 02:08 PM
Sheols ni nampak classy je kan.... comel lote... anak-anak tak berapa menurun sangat genetik comel S ...

memang classy
bukan mcm mak iti
asik2 muka dia jer
ewwww
Quote VespaSilbe 8-12-2022 03:28 PM
Baju perantin lelaki.. selebetnya lahai.. awat lagutu
Quote Joysparta 8-12-2022 03:32 PM
Terkezut...igt roslan aziz tadi...rupanya anak dia.....sebijik muka bapaknya..
Quote KamikuP 8-12-2022 04:36 PM
Apa kabo Roslan Aziz? Dah sihat ke dari strok?
Quote emera 8-12-2022 04:39 PM
Anak dia dgn acis rupa pelik nau.
Quote cikatilia 8-12-2022 04:47 PM
lawa nya sheila ni
anak pompuan x follow muka dia
Quote Kitty_catz 8-12-2022 07:27 PM
kut sheols ni MIL meols, ada rasa tercabar la sbb sheols gojesss even at umo dah senja
Quote kitmal 8-12-2022 08:33 PM
sheila selalu exclusive dan maintain exclusive..mak iti kena belajar tu,,,kuranglah bertiktok nampak murah sangat

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.501711 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top