CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Baca Surat Khabar Dan Jalan-Jalan, Pekerja Makan Gaji Buta Saman Majikan Sebab Bosan Tak Ada Kerja

8-12-2022 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1987| Komen: 12

DUBLIN – Seorang pekerja syarikat pengendali rangkaian kereta api di Dublin, Ireland, yang dibayar gaji sebanyak £105,000 setahun (RM560,729) bertindak menyaman majikannya kerana mendakwa menjadi mangsa buli di tempat kerja, lapor laman berita Wion News.


Dermot Alastair Mills, memberitahu Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja bahawa dia tidak melakukan apa-apa semasa bekerja sebagai pengurus kewangan untuk firma Irish Rail.

Menurutnya, sebahagian besar masanya di tempat kerja dihabiskan dengan membaca surat khabar, makan sandwic dan berjalan-jalan.


Foto: Irish Rail

Mills berkata, setiap hari, dia cuma menghidupkan komputer dan membaca e-mel namun, tiada yang berkaitan dengan pekerjaannya, tiada mesej atau komunikasi bersama-sama rakan sekerja. 


Daripada lima hari waktu bekerja, Mills mendedahkan bahawa dia memasuki pejabat hanya dua hari seminggu dan disebabkan tidak banyak yang perlu dilakukannya, dia sering pulang awal.

Tambahnya, walaupun menerima kenaikan pangkat pada 2010, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama tiga bulan.

Majikannya kemudian menjanjikan bahawa dia akan menerima jawatan, gaji serta pangkat yang sama, menyebabkan dia kembali bekerja semula.

Menurut Mills, dia dilarang daripada menggunakan kebolehannya di tempat kerja ketika memberikan keterangan pada perbicaraan di Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja baru-baru ini.

Namun, Hakim Penelope McGrath yang mendengar permohonannya berkata, beliau akan menjemput pihak majikan untuk hadir secara sukarela sebelum mempertimbangkan untuk memberikan sebarang keputusan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 8-12-2022 02:31 PM
berhenti jelah kalo xde keje, cr keje tmpt lain. saman kalo menang dpt duit lg
Quote KamikuP 8-12-2022 05:22 PM
Apo yg meolss baca ni dapt gaji setewnagh juta setahun kerjanya tak buat kerja.. apooo
Quote merrissa 8-12-2022 06:54 PM
Ahahahhahaa kalau kt msia, keje ada tp x buat p mngopi. Tp dri thun 2010 baru nak sedar. Tak faham apa yg dia nak. Nak duit lebih la kot utk kegunaan pencen
Quote Kitty_catz 8-12-2022 07:12 PM
citer heols sebijik mcm cerita acik2 bewang kepam gundu obese kat putrajaya nun

tp acik2 sana kerja tak jalan, mulut je jalan mentekedarah...
Quote edayildiz 8-12-2022 07:21 PM
Edited by edayildiz at 8-12-2022 07:23 PM

untong la..kalau org mesia lg suka ada lah
kt ofis kitorg..yg atas2 i semua xde kualiti..dasar bodoh..makin tua makin bodoh..kita yg muda2 ni la kena buat mcm2..
ada bainon kt ofis i tu.. lngsg xde kualiti pun..pastu xblh kalah kalau i bijak dr dia..tp kt ofis tu ramai bodoh2..i kenot brain la mcmana sel sel otak dorg  berhubung..i ni takde la bijak sgt tp kn xblh kerja ngn dorg sbb rasa alahai bodohnya korg...tp dorg bab mengular bijak..rehat dua jam..ptg mengopi lg
Quote edayildiz 8-12-2022 07:26 PM
Kitty_catz replied at 8-12-2022 07:12 PM
citer heols sebijik mcm cerita acik2 bewang kepam gundu obese kat putrajaya nun

tp acik2 sana kerja ...


mcm bainon kt ofis i..sialan dia..hari2 kerjanya mkn..pastu tgk youtube..
pastu ngajak i lunch tp i kena drive utk dia..manyak cantik..alasan dia dlm keta ada basikal..mmg tak la nk drive utk dia..
Quote Kitty_catz 8-12-2022 07:29 PM
edayildiz replied at 8-12-2022 07:26 PM
mcm bainon kt ofis i..sialan dia..hari2 kerjanya mkn..pastu tgk youtube..
pastu ngajak i lunch tp  ...

ckp kat dia rezeki tak berkat.. dats y perut tak rasa kenyang.. gemuk banyak penyakit besok2 azab kat duniaaaaaa
Quote Supersirap 9-12-2022 01:15 AM
Macam-macam hal mereka ni
Quote faraway1 9-12-2022 03:31 AM
Umang aii tahap kayangan makan gaji bulat bulat
Quote lola0311 9-12-2022 06:11 AM
cold storage
Quote boo08 5-12-2024 08:08 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:09 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043100 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top