CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ngeri, Budak 11 Tahun Mati Jatuh Dari Bumbung Hotel Semasa Berlatih Parkour

8-12-2022 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1275| Komen: 4

ALICANTE: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 15.24 meter sebuah hotel di Costa Blanca ketika berlatih melakukan parkour.

Lapor Daily Mail, beberapa pelancong dipercayai menyaksikan kejadian mengerikan itu ketika kanak-kanak lelaki tersebut terjatuh dari bumbung ke kawasan lobi hotel sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu.

Kanak-kanak yang cedera parah itu dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia pada lewat malam di Alicante, tenggara Sepanyol.

Foto: Daily Mail

Nama hotel itu tidak didedahkan namun ia terletak di Alfaz del Pi, berhampiran Benidorm.

Sementara itu, jurucakap Pengawal Awam Sepanyol berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut.


Katanya, hasil siasatan menunjukkan tragedi itu berpunca daripada kecuaian kanak-kanak itu sendiri.

“Mangsa tidak menginap di hotel berkenaan, dia naik ke atas bumbung bangunan bersama rakan lain untuk berlatih parkour.

“Ketika kejadian, mangsa tergelincir lalu terjatuh dari ketinggian kira-kira 15.24 meter dan mendarat di kawasan lobi hotel di tingkat bawah.

“Kanak-kanak itu pada mulanya dibawa ke Hospital Marina Baixa di Villajoyosa sebelum ke Hospital Universiti Alicante dan disahkan meninggal dunia sekitar 11.30 malam,” katanya.

Tambah jurucakap itu, mangsa merupakan warga Norway yang menetap di Alfaz del Pi. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 8-12-2022 12:45 PM
Kalau berlatih.. toksah lah berlatih kat tempat risky.. dah terrer baru la buat kat tempat tu.. akal kurang, yelah budak kecik 11 tahun.. harap abang2 depa yg parkour pro tu bagi pengajaran betul2
Quote whimsicalmusic 8-12-2022 02:32 PM
jgn family die saman hotel tu sudah..hotel pn blh saman balik break in, reputational cost semua
Quote boo08 5-12-2024 08:08 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:09 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.268362 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top