Haram bezakan ‘goodies’ golongan kaya dan miskin dalam majlis kenduri, ujar penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus. Dalam satu ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI menjawab persoalan berkenaan perbezaan ‘goodies’ yang diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis kenduri.
“Hukumnya haram bila kita bagi hadiah dekat orang berbeza-beza atas sebab golongan kaya atau miskin, namun sebab lain dibolehkan. “Contoh sebab lain yang dibolehkan itu adalah kerana mereka adalah kenalan rapat, sahabat handai atau saudara-mara. “Andai kata nak beri kad kahwin yang mahal dan cantik pada kawan-kawan, itu juga dibenarkan, malah harus hukumnya beri kad biasa pada orang luar. Tetapi haram jika beri kad mahal-mahal pada golongan kaya kerana ingin bezakan mereka,” katanya.
Jelasnya lagi, Nabi pernah bersabda jangan hadir majlis kenduri yang membezakan golongan kaya dan miskin. Katanya, kenduri tersebut boleh jatuh maksiat sekiranya menjamu makanan istimewa kepada golongan kaya atas niat untuk membezakan mereka dengan orang susah. “Tetapi kalau tuan rumah memang dah sediakan makanan istimewa untuk saudara-mara dan anak-beranak, tidak mengapa. Cuma jatuh hukum haram sekiranya bezakan makanan VVIP atau datuk-datuk sebab mereka kaya,” jelasnya. –CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 8-12-2022 12:53 PM
paling menyampah majlis meraikan anak yatim..
vip makan berhidang anak yatim makan kena beratur..
ina_na replied at 8-12-2022 02:07 PM
Teringat ms kecik nenek dan mak saudara asingkan lauk..tuk cucu kesayangan T20 lauknye ayam sedap .K ...
prettyuglybabe replied at 8-12-2022 12:53 PM
paling menyampah majlis meraikan anak yatim..
vip makan berhidang anak yatim makan kena beratur..
Buritan replied at 8-12-2022 02:17 PM
Hahaha.. aku pun pernah kena mcm tuu.. kita dah la budak.. sbb tuu bg aku sedara ke hape aku bg p ...
ina_na replied at 8-12-2022 03:02 PM
Saudara mara hanya ms kita berharta dan berkerjaya je..kalo x mmg x pandang ke kita...sudah mmg ml ...
ina_na replied at 8-12-2022 02:07 PM
Teringat ms kecik nenek dan mak saudara asingkan lauk..tuk cucu kesayangan T20 lauknye ayam sedap .K ...
prettyuglybabe replied at 8-12-2022 04:53 AM
paling menyampah majlis meraikan anak yatim..
vip makan berhidang anak yatim makan kena beratur..
Orix replied at 8-12-2022 12:55 PM
hahaha.. at least dpt goodies, iols pernah pergi wedding kawan iols, sbb x salam keruk pd mak pengan ...
ADVERTISEMENT