CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nak Order Makan Pun Tak Bagi," Menyesal Kahwin Suami Miskin Dan Pemalas, Duduk Rumah Tak Tolong Apa-Apa Pun

8-12-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7095| Komen: 92

Seorang wanita mengadu suaminya seperti lepas tangan dalam aspek pengurusan rumahtangga.

"Aku rasa dah salah pilih pasangan hidup la dan aku penat sangat sekarang ni.


"Aku punya penat macam nak lari ke luar negara atau tempat yang aku tak kenal sesiapa," ujar wanita itu yang sudah berasa lelah dengan hidupnya.

Menceritakan rutin hariannya yang menghimpit itu, wanita tersebut mengatakan tugas seorang ketua keluarga seolah-olah sudah diambil alih oleh dirinya.


Gambar Hiasan

"Aku duduk rumah flat yang tak ada lif. Rumah tingkat tiga jadi memang mengah juga la nak mendaki tangga sambil dukung baby, galas beg kerja dan bawa beg barang baby.


"Setiap hari aku yang hantar taska dan ambil anak bawa balik rumah," luah wanita itu mengenai bebanan yang ditanggungnya sebagai isteri dan ibu.

Lebih mendukacitakan apabila dia memaklumkan suaminya sering berada di kediaman mereka kerana dia bekerja dari rumah (WFH).

"Suami aku mana? Dia ada je dekat rumah, WFH. Gaji tak seberapa tapi macam busy sangat sampai tak sempat nak hantar ambil anak dekat taska.

"Taska tu jarak dia tak sampai 2km pun dari rumah.

"Tapi aku ni yang kerja luar kena travel 30km lebih sehari pergi balik office, aku ni juga la yang kena uruskan anak," kata wanita itu beremosi.

Situasi ini juga menyebabkan wanita tersebut membenci suaminya dengan seluruh jiwa raga.

"Setiap kali kena daki tangga tu aku rasa marah sangat! Aku menyumpah lelaki aku tak guna langsung. Pemalas betul.

"Entah apa la aku nampak masa bercinta dengan dia dulu, ish geram betul bila fikir benda ni," ujar wanita itu seperti menyesal dengan pilihan hidupnya.

Tidak cukup setakat itu, apabila tiba di rumah, suaminya didakwa masih berpeluk tubuh enggan menghulurkan tangan untuk membantu.

"Bila sampai rumah aku kena sediakan makan malam pula. Aku boleh buat lepas mandikan baby. Kerja dapur semua aku boleh buat bila baby dah settle.

"Nak order makanan dari Grab, suami miskin suruh berjimat. Nak dia masak? Memang sampai ke sudah tak gerak. Pemalas!," wanita itu bengang dengan sikap sambil lewa suaminya.

Sikap acuh tak acuh suaminya itu menyebabkan wanita tersebut ingin memutarkan semula masa dan memilih pasangan hdiup baharu yang lebih bertanggungjawab.

"Aku tak tahu hidup boleh jadi macam ni lepas kahwin. Kalau aku tahu, aku cari lelaki kaya je senang.

"Kalau miskin tapi susah senang suami ada tolong sekali aku okay je. Kalau aku seorang macam ni aku give up. Aku penat," ujar wanita itu hampir berputus asa.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar lelaki tersebut kerana mengabaikan hak si isteri.

"Lelaki kan dia nak wife yang boleh susah senang dengan dia je lepas tu ambil kesempatan bila isteri dah boleh hidup dengan cara macam tu.

"Tak ada effort langsung nak ubah lifestyle padahal dia tu ketua keluarga! Haih geram aku.

"Ni yang orang cakap ramai wanita sebenarnya ibu tunggal walaupun masih berkahwin," kata sebilangan warga maya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 8-12-2022 02:11 PM
Aik td baca bini pemalas ni laki pulak yg pemalas.korg tukar pasangan je la.yg mls kahwin dgn mls.bru tau mcmana hncur rumah kalau xde yg kemas
Quote brego 8-12-2022 02:14 PM
andartu dan antertu tersenyum sinis
Quote Tokeybundle 8-12-2022 02:20 PM
Ko mkn siap2 sblm blk rmh.biar laki ko tu berlapar
Quote asudau 8-12-2022 02:21 PM
patutlah sabariah disuruh kahwin dengan dr. rusdi...
Quote ninja boy 8-12-2022 02:21 PM
Mana nopon dan address laki tersebut kita boleh hantar 10,000 wanita gengster kasi lempang dgn mak bapak laki tersebut juga kasi lempang
Quote jazaa100 8-12-2022 02:23 PM
Blm terlambat nk tukar takdir.....
Masa memang tak blh putar kebelakang
Quote cm_vungtau 8-12-2022 02:24 PM
Ko kerja kuat2, lepas tu sewa rumah teres dek. Ko tinggal je laki tu. Takyah dah ulang alik naik tangga.
Quote apam 8-12-2022 02:28 PM
Cerita verita camgini yg menghuru harakan masarakat melaiese. Apa yg ko dapat jaja cerita kau laki bini satu melesia? Jap, betul ke cerita ni atau hanya rekaan nak kasi bakar line laki bini yg sah bekawin?
Quote akuMNdia 8-12-2022 02:28 PM
ni ke salah satu sebab org kata jangan manjakan laki dr awal kawin lg?
Quote raxief 8-12-2022 02:34 PM
harap2 anak perempuan aku dijauhkan dari berjodoh dengan lelaki spesis mcm ni..

-yang benar
aku yg rajin basuh+sidai baju, basuh pinggan, vacuum+mop rumah, buang sampah, bagi kucing makan, tukar pampers anak, mandikan anak (petang)

aku malas lipat baju, masak, mandikan anak (pagi)
Quote glump 8-12-2022 02:38 PM
Ada senior share tips ..klau suami tu jenis  sesuatu ie pemalas biawak anak emak etc jangan lah pregnant apa lagi beranak. Bertabah miserable hidup dari kerana mempunyai pasangan yg salah
Quote Nnasda53 8-12-2022 02:41 PM
Dari mengadu di socmed baik la cerai.
Quote bottombikini 8-12-2022 02:42 PM
ala ni cite biasa takde yg pelik pun
masa mula2 indah la gunung sanggup ku daki
Quote exclusive_vvip 8-12-2022 02:45 PM
Tokeybundle replied at 8-12-2022 02:20 PM
Ko mkn siap2 sblm blk rmh.biar laki ko tu berlapar

ha,kannn..gud idea tu..tapi masalah sesetengah org pompuan ni, suka nak sacrifice..nanti kang bg alasan tak sampai hati lah apa..contoh,kalu makan ayam tu, dia sanggup amik yg bahagian x best..nasi amik yg bahagian byk kerak…pastu kang stress sendiri mengungkit berkorban utk family..
Quote ctaz 8-12-2022 02:57 PM
ARGHHH....
bosan aku baca cerita dari wartawan mastika...
Quote naina 8-12-2022 02:58 PM
Tokeybundle: Ko mkn siap2 sblm blk rmh.biar ...


Orang jantan boleh ngamuk oi kalau lapar bini xsediaakn makan. Apatah lagi ko cakap dah makan siap2 kat luar.
Quote naina 8-12-2022 03:00 PM
Kenapalah bini dia tak tinggalkan je anak dia kat rumah. Keluar berlenggang jelah g kerja. Xde komunikasi ke? Gertak la ckit. Takkan buta kot semua bini buat. Atau2 bini ni terlalu baik. Kalau aku dah lempar HP. Busy sangatttt.
Quote blue_blur 8-12-2022 03:04 PM
akuMNdia replied at 8-12-2022 02:28 PM
ni ke salah satu sebab org kata jangan manjakan laki dr awal kawin lg?

lebih tepat, kalau dah ada laki macam tu (atau tidak atau belum), didik anak agar jadi lelaki yang bertanggungjawab dan ringan tulang, tu ciri2 orang kaya yang betul... bukan kaya miskin bodo pandai materialistik..
Quote Cassieopeia 8-12-2022 03:14 PM
dah benci sgt kt laki tu cerai je la dr pendam rasa anak baru sorgkan... pastu ko mkn siap2 biar laki ko kebulur.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.105484 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top