Aktiviti senamrobik yang dianjurkan di sebuah premis bangunan pejabat membuatkan seorang penduduk tidak senang duduk.
Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, wanita berkenaan tidak senang dengan aktiviti senamrobik yang diadakan berdekatan tempat tinggalnya. Walaupun tinggal di kondominium di tingkat 13, dia masih dapat mendengar keriuhan mereka bersenam sehingga mengganggu tidurnya. "Ini adalah orang Malaysia yang tak cerdik. Tahu-tahu pagi-pagi dah buat senamrobik.
"Tahu tak ini kawasan kejiranan. Aku kat level 13 ni pun aku boleh dengar bisingnya," katanya tanpa mendedah lokasi kediamannya mahupun bangunan pejabat tersebut. Mengharapkan keluhannya didengari menerusi perkongsian video di TikTok, wanita itu bagaimanapun menerima tamparan hebat setelah dikecam bertalu-talu daripada netizen.
|
ayukpingu replied at 8-12-2022 02:39 PM
lain kali kau beli satu bangunan condo. kau sorang je situ. aman tenteram
bottombikini replied at 8-12-2022 02:50 PM
tak kena kecam ke cikki ni
dah terang benderang kau masih nak membuta apehal
jazaa100 replied at 8-12-2022 03:00 PM
Sikit punya jauh & tgi....
Klu dgr musik pun, sayup² je..
ADVERTISEMENT