CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Doakan Cik Man," PU Azman Tenang, Hadir Sebutan Semula Kes Amang Seksual Di Seremban

8-12-2022 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2415| Komen: 10

Pencetus Ummah (PU) Azman memohon doa daripada peminat agar urusan kes mahkamah yang sedang dihadapinya dipermudahkan.

Azman atau Azman Syah Alias, 41, berkata demikian ketika menyapa petugas media di Mahkamah Sesyen Seremban bagi menghadiri sebutan semula kes berhubung pertuduhan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.


Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man hadir ke mahkamah memakai baju kurta berwarna biru gelap turut kelihatan tenang ketika disapa media di perkarangan mahkamah.


Foto: mStar

"Doakan Cik Man dan terima kasih kepada para wartawan," katanya ringkas.

Pendakwah tersebut turut ditemani peguam Mohamad Zahid Ahmad dan tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi.


Sementara itu, menerusi prosiding tersebut, Azman hagi penyerahan dokumen kes berkenaan dihadapan Hakim Datin Surita Budin.

Terdahulu, Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat.

Tertuduh juga dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes bersambung 31 Januari 2023.

Terdahulu pada Rabu, Azman turut mengaku tidak bersalah atas tiga lagi pertuduhan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

Manakala di Mahkamah Majistret Klang, Azman berdepan tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Kes itu pula akan disebut semula pada 12 Januari tahun depan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-12-2022 11:11 AM
CIKMAN NAK MANDI NIIIIIIIII...ALAAA CIKMAN NI MANJA...NAK MERAJUKLAHHH... ehehehehe..
Quote mamajawie 8-12-2022 11:58 AM
sori cik man..osetad penonggeng agama ni patut NYAH BAU HAPAK bak kata nana sendayan..ehehhehee
Quote yoshimitsu 8-12-2022 12:18 PM
prince_marhaen replied at 8-12-2022 11:11 AM
CIKMAN NAK MANDI NIIIIIIIII...ALAAA CIKMAN NI MANJA...NAK MERAJUKLAHHH... ehehehehe..

kt mn nk tgk/dgr sore manje tuh
Quote LadyCarefree 8-12-2022 12:32 PM
adan uke umat2 meleis atau siapa je la yg mudah benor sanjung org based on image alim. sama je kalau kristian ke apa pun. kalau meleis takat pakai serban capal cakap peppered dgn ereb sikit dah dipujapuji apatah lagi kalau boleh berbahasa ereb.
Quote fealefea 8-12-2022 12:51 PM
aku caya kes die ngan daei tu. mementang berpengaruh, org tak berani repot ke. yg sorang tu bukan nk kawin ngan mangsa. cari mangsa seterusnya pulak. hadap la wife die karang. kifarah akan dtg jugak.
Quote imransulaiman 8-12-2022 01:02 PM
Boleh ke doakan untuk perkara yang...emmm takpe lah
Quote lyshafull 8-12-2022 01:09 PM
Dh salah nk doa ape
Iols doakan yg bersalah dijatuhkan hukuman setimpalnye
Quote prince_marhaen 8-12-2022 01:39 PM
yoshimitsu replied at 8-12-2022 12:18 PM
kt mn nk tgk/dgr sore manje tuh

haritu banyak orang share kat tik tok dengan screenshot whatsapp & DM instagram official dia
Quote gideoncross 8-12-2022 08:15 PM
LadyCarefree replied at 8-12-2022 12:32 PM
adan uke umat2 meleis atau siapa je la yg mudah benor sanjung org based on image alim. sama je kalau ...

Kat Brunei terchentaku ni pun sma, rmai yg sllu "Ya akhi" & "Sanah Helwah".
Quote kakiah12 9-12-2022 03:13 AM
Tp ramai jer yg cakap zaman ni ramai ulamak kena fitnah mcm ebit lew dan pu ni. Biasenya yg komen mcm tu geng2 yg undi pn yg mudah kena tipu kerana berimej islamik ????

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.044167 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top