CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dengar Bunyi Pelik Masa Hidupkan Enjin, Ada Ular Batik 60kg 'Tumpang' Dalam Bonet

8-12-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1321| Komen: 4

KOTA BHARU – Seorang guru wanita terkejut apabila menyedari seekor ular sawa batik seberat 60 kilogram berada di dalam bonet kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum ke sekolah di rumahnya di Kampung Padang Kala, Melor di sini.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi semasa guru berusia 53 tahun itu memanaskan enjin MPV jenis Toyota Unser miliknya sementara bersiap-siap untuk ke sekolah.

Ketua Operasi Pusat Kawalan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Siti Nur Zakiah Abdul Halim berkata, guru itu pada awalnya pelik apabila terdengar bunyi dari bahagian bonet MPV itu semasa memanaskan enjin.


Foto: Kosmo

Menurutnya, curiga dengan bunyi itu, guru berkenaan terus membuka bonet kenderaaannya sebelum mendapati seekor ular sawa batik berada pada bahagian bateri.


“Wanita itu terus menghubungi panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.25 pagi sebelum seorang pegawai dan empat anggota APM bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan ular sawa batik sepanjang tiga meter itu menggunakan alat khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Siti Nur Zakiah, ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah dan diletakkan dalam sangkar sementara menunggu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambilnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 8-12-2022 05:00 PM
Yihhh..aku mmg fobia ngan ular...jinak ke idak..i is kenot.
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2022 06:16 PM
Setiap masa ular, laaa, laaa, laaa

023_copy_1024x1024.png
Quote boo08 5-12-2024 08:09 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:10 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.040737 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top