CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abang Askar Miliki Wajah Persis Shuib Curi Tumpuan Netizen. “Tolong Tag Dia Please, Teringin Nak Jumpa” - Shuib

8-12-2022 08:25 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5937| Komen: 55



Usahawan dan pelawak terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ada memuat naik foto seorang individu yang berpakaian uniform di Instagramnya hingga menarik perhatian netizen.

Dalam posting itu, Shuib berkata wajah lelaki yang merupakan seorang tentera itu seakan sama dengannya namun menafikan individu tersebut adalah dirinya.


“Ye, macam sama, tapi bukan, salah, salah,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Shuib turut bertanya kepada pengikutnya adakah sesiapa mengenali individu tersebut malah mengakui teringin bertemu dengan individu yang dikatakan mempunyai raut wajah yang sama dengannya itu.

“Ada yang kenal abang ni? Tolong tag dia please.

“Teringin nak jumpa,” kongsi Shuib.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan mengatakan wajah individu tersebut memang mirip dengan pelawak terkenal itu.



Sebelum ini tular seorang wanita persis wajah Fazura, selepas itu tular pula seorang abang sado mirip wajah Janna Nick, kali ini wajah abang askar macam Shuib pula. 


Betul lah bagai dikata, setiap orang di dunia ini dikatakan mempunyai tujuh orang yang mempunyai wajah yang mirip cuma lokasi setiap "kembar" itu tidak dapat dipastikan. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 8-12-2022 02:29 AM
kenapa mesti nak jumpa?
Quote September14 8-12-2022 02:36 AM
Sian abg tu disamakn dgn soeb
Quote mizzmimi 8-12-2022 02:44 AM
Ape lah nasib abam askor.. suweyyy
Quote dudaberhias 8-12-2022 02:45 AM
kalau iols kan iols dah rasa terhina sebab wajah di samakan dengan duda lombok gersang yang keje cuci2 duit dengan addy kana...

esoknya iols terus habiskan simpanan pegi book flight ke hatyai untuk suruh doktor pembedahan plastik tampal muka orang lain terus.. lepastu kulit2 tu kalau doktor tu tak mampu licinkan... lebih rela iols pergi bengkel kereta depan kondo retak jahlop tu untuk mintak pomen tu kikis kulit muka berkawah ni pakai grinder sampai la licin...
Quote akido_kido 8-12-2022 04:43 AM
LadyCarefree replied at 8-12-2022 02:29 AM
kenapa mesti nak jumpa?

mestilah sb teruja..lagi pun pgawai tu . Ko tak teringin ke jumpa muka sama ko
Quote CauPandin 8-12-2022 06:13 AM
teaaaaaaaa - behhhhhhhh
Quote ReginaGeorge 8-12-2022 06:15 AM
Teringin nak tgk diorang berlakon sesama. Mesti best.
Quote imransulaiman 8-12-2022 06:42 AM
Entah-entah time askar tu kerut muka dan jeling macam dalam gambar tu je yang serupa. Bila jumpa face to face, tak sama langsung.. Huuuuu
Quote dewi_rina 8-12-2022 06:51 AM
Nah soeb, ni lagi sama
Quote rbmy 8-12-2022 06:53 AM
imransulaiman replied at 8-12-2022 06:42 AM
Entah-entah time askar tu kerut muka dan jeling macam dalam gambar tu je yang serupa. Bila jumpa fac ...

kan.. jgnlah eb krang watie beralih arah ko yg nangis eb hahahahhaa
takdpt mendade
Quote DeLuna85 8-12-2022 06:55 AM
Dah la pakai baju malbatt. Pegawai Navy pulak tu. Last2 disamakan dengan soeb.
Quote nakkomenjugak 8-12-2022 07:19 AM
at least soeb jotawannnn berkepok2 yachhh acikkk
takmo nangis2
Quote imanamsyar 8-12-2022 08:18 AM
mizzmimi replied at 8-12-2022 02:44 AM
Ape lah nasib abam askor.. suweyyy

ahahahaaaa..xbaik nokksss...tapi mesti abang ashkar tu pun nyampah dikatakan sama ngan soeb..kalau patah min ok la jugak..busuk2 pun macam bront palare..ada la jugak kebanggaan disitu..hahahahaaaaa
Quote Mulotkoyak 8-12-2022 08:32 AM
Nape ak nmpk mcm joey yg bini die kompolan elite tuh.
Quote mizzmimi 8-12-2022 08:36 AM
imanamsyar replied at 8-12-2022 08:18 AM
ahahahaaaa..xbaik nokksss...tapi mesti abang ashkar tu pun nyampah dikatakan sama ngan soeb..kalau ...

Dia kalo tak menjaja kulu kilir pasal arwah wife and propa pasal watetek tu every now and then, takde la meluat sangat sis.. serius abam askor tu at least ada la honor & pride in service to the nation. Baik dia masuk utan jumpa beruk daripada jumpa si soeb ni.. kang jadik marketing tool dia je..
Quote jalfa 8-12-2022 08:44 AM
Sesuka je up picca org dlm ig ko .ko ingat lawak..cute ke...kalo aku mamat malbatt tu aku dah bg jurus dah kat si soeb ni
Quote GreySuede 8-12-2022 08:45 AM
Why perlu jumpa? Abam askar sibuk berkhidmat utk negara.
Quote laksmanabentan 8-12-2022 08:48 AM
dudaberhias replied at 8-12-2022 02:45 AM
kalau iols kan iols dah rasa terhina sebab wajah di samakan dengan duda lombok gersang yang keje cuc ...

kannnnnn.... abg askar weeeyyyy ko tak payah nak jumpa duda gersang tu...
jatuh martabat ko... ko jauh bertiang lebih bagus laaaaa....
Quote hyie 8-12-2022 08:48 AM
tak silap heshe memang ada adik lelaki yang join askar, cumanya mak atau bapak berlainan gitu lah. Namun mukanya tak la seiras begini, sikit2 je.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.318765 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top