Penyanyi, Nourul Depp, 44,kini menetap di Bali, Indonesia selepas berpindah ke sana pada tahun lalu untuk memulakan kehidupan baharunya bersama keluarga. Nourul berhijrah ke sana bagi memenuhi impian suaminya untuk menetap di Bali kerana sebelum ini dia pernah tinggal selama dua tahun di sana. Walaupun menetap di Bali, namun Nourul tidak loket berkongsi tentang kehidupan hariannya disana untuk tatapan peminat di Malaysia. Hantaran terbaru di Instagramnya telah berjaya mencuri perhatian netizen.
Pelantun lagu Kerana Terluka itu ada memuat naik sebuah video sedang menyakat suaminya Eric yang sedang khusyuk belajar bahasa Indonesia dengan menggunakan telefon bimbit. Melihat suaminya sedang fokus, Nourul mendekati Eric sambil menyanyi sebuah lagu dan membelai-belai suaminya itu. Suaminya yang rasa terganggu dan pada mulanya tidak perasan aksi mereka dirakam secara spontan tiba-tiba menyuruh Nourul menggaru belakangnya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat pasangan ini. Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|