CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebahagian Paru-Paru Dikeluarkan Angkara Aksi Telan Pedang

7-12-2022 08:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1838| Komen: 8

Seorang lelaki yang terkenal melakukan aksi lagak ngeri dengan menelan pedang, parah di bahagian perut dan hatinya, ketika satu pertunjukan, baru-baru ini.

Insiden ngeri itu berlaku di taman tema Six Flags of America di Woodmore, Maryland, pada 31 Oktober lalu.



Doktor pada mulanya menyangka Scott Nelson, juga dikenali sebagai Murrugun The Mystic, tidak akan pulih daripada kecederaannya apabila sebahagian paru-parunya terpaksa dikeluarkan.

Nelson, 59, berkata, dia dikejarkan ke hospital berdekatan di Washington DC dengan kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa.

Menurut ABC 10News San Diego, pedang-pedang yang digunakan pada pertunjukan itu adalah tumpul dengan lebar setengah inci, dan panjangnya antara 24 hingga 28 inci.


Nelson, yang berpengalaman melakukan aksi menelan pedang selama lebih 25 tahun berkata, ini adalah insiden kali kedua seumpamanya yang pernah dialami.

Halaman GoFundMe sejak itu melancarkan kutipan dana bagi membantu biayai kos rawatan Nelson.

Nelson dilaporkan memberitahu pengasas halaman pengumpulan dana itu, lima pedang dikeluarkan dari perutnya dan sebahagiannya menusuk hatinya.

"Berita baiknya ialah, saya berjaya berhenti merokok dan kehilangan lebih 23 kilogram," katanya.

Dia turut berkongsi gambar kecederaannya termasuk beberapa kesan luka dan jahitan di badannya.

Setakat ini AS$3,225 (RM14,209.35) berjaya dikumpul untuk membantu Nelson.

Nelson juga rasa dihargai apabila diberi penghormatan namanya diabadikan di atas simen di tapak pembinaan di seberang jalan hospital, tempat dia dirawat.

Nelson sebelum ini menggelar dirinya sebagai lelaki paling berbahaya dalam pertunjukan pedang.

Dia mendedahkan, latihan meditasi kerohanian sebagai rahsia kejayaan.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 7-12-2022 08:46 PM
Seriau dengar [em:11:]
Quote Supersirap 9-12-2022 01:21 AM
Nasib baik masih bernyawa
Quote mdhelmi 9-12-2022 09:23 AM
maknanya guna pedang betul
bukan trick
Quote supernaturalee 9-12-2022 09:25 AM
dh mcm frankenstein dah
kesan berjahit merata

Quote ainonymous 9-12-2022 11:13 AM
tak paham aku. dah telan pedang bagai pastu minta crowdfund. ko yg volunteer nak cederakan diri kot
Quote Belibis 9-12-2022 11:16 AM
'Dia mendedahkan, latihan meditasi kerohanian sebagai rahsia kejayaan'.
Ini yang ko katakan kejayaan???

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044780 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top