CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WAGs Angkat Kaki Dari Kapal Mewah Kerana Penumpang Buang Air Kecil

7-12-2022 08:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1165| Komen: 2

Pasangan Jack Grealish dan Harry Maguire meninggalkan kapal persiaran mewah yang didiami WAGs (isteri dan pasangan pemain) sepanjang Piala Dunia gara-gara insiden ‘kencing’.

Menurut Daily Mail, Sasha Attwood, teman wanita Grea­lish, dan Fern Hawkins, isteri Maguire sangat terkesan dengan keadaan di tempat penginapan mereka biarpun menginap di sebuah kapal persiaran mewah.


Teman wanita Jack Grealish, Sasha Attwood mengetuai WAGs England meninggalkan kapal persiaran mewah.

Ia berpunca daripada insiden seorang penumpang membuang air kecil di atrium lima tingkat ketika baru pulang daripada menonton Piala Dunia meraikan kemenangan pasukan mereka.

Selain insiden tersebut, liputan talian telefon di atas kapal juga bermasalah, dengan ramai yang mendapati sukar untuk membuat panggilan kepada pemain semasa di hotel penginapan.


Kini dilaporkan semua WAGs dari kem England yang menginap di kapal persiaran tersebut telah berpindah ke hotel biasa, diketuai Attwood dan Hawkins.

Pengurus England, Gareth Southgate amat menitikberatkan pentingnya untuk pemain dan keluarga berhubungan rapat sepanjang Piala Dunia 2022, situasi yang jauh berbeza dengan rejim pengurus terdahulu seperti Fabio Capello pada Piala Dunia 2010. 


Sumber: Utusan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034788 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top