CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Nama Sendu, Show Tak Banyak- Siti Nordiana Sedih Ingat Kepayahan Jaga Anak Seorang Diri

7-12-2022 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2327| Komen: 16

Siti Nordiana tidak dapat melupakan kepayahan membesarkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie Mohd. Faizal sendirian, terutama ketika namanya pudar daripada industri seni.


Kongsi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia terpaksa meninggalkan anaknya di bawah jagaan ibunya apabila perlu keluar mencari rezeki dengan berniaga dari awal pagi hingga lewat malam.

Foto: IG

“Saya tidak boleh lupa pengalaman dan kesukaran membesarkan Rayyan. Saya dahulu berniaga kerana tawaran show tidak banyak. Ketika itu, sayalah emak dan saya juga bapa kepada Rayyan.

“Keadaan pada masa itu sangat mencabar, terutama apabila memikirkan bagaimana mahu membahagikan masa. Balik berniaga sudah lewat malam, esok pagi kena hantar Rayyan ke sekolah.


“Saya terpaksa tinggalkan dia untuk dijaga mak. Bila teringat semua kenangan itu, saya sedih sangat,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Bagaimanapun, jelas Nana, dia tidak pernah menyesali apatah lagi, menyifatkan kesukaran dilalui sebagai kegagalan. Baginya, semua itu adalah pengalaman yang menjadikan dia lebih matang berdepan cabaran.

“Alhamdulillah, semua itu kenangan dan pembelajaran dalam hidup saya. Semua kita pasti ada waktu sukar dalam hidup. Tetapi, saya bersyukur, belum pernah sampai tahap kemurungan.



“Momen sedih itu ada, namun itulah kehidupan. Setiap kita ada ujian tersendiri. Semua itu saya jadikan inspirasi untuk berjaya dan memperbaiki diri.

“Saya tidak pernah menyesali jalan hidup kerana Tuhan sudah susun yang terbaik untuk kita,” ujarnya yang baru melancarkan single Menyantun Kasih. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 8-12-2022 07:45 AM
rayyan ni kejap rupa nana, kejap rupa arwah faizal. harap membesar jadi orang baik-baik la ya. cuma kena slim sikit la
Quote rosedemon 8-12-2022 11:14 AM
tak ada sape ke datuk nak amek nana ni jadi binik.
Quote hasniey 8-12-2022 01:53 PM
Rayyan ni dewasa sgt nmpk.jln2 brdua nmpk mcm adik beradik pulak
Semoga rayyan jd anak yg soleh.semoga nana sentiasa dimurahkan rezeki & dijauhkan dr kwn2 yg hati busuk & pedengki
Quote anilanil 8-12-2022 02:02 PM
Semoga dipermudahkan urusan & murah rezeki. Kesian sgt dulu sampai serupa gro dah si nana ni dressing dgn dress pendek, rambut dye semata2 nak cari rezeki besarkan anak. Apa cite kes 4 sekawan yg mengumpat berjemaah tu?
Quote makita 8-12-2022 02:49 PM
In sha Allah. Moga satu hari nanti akan ada suami yg akan jaga Nana n ank dgn penuh kasih syg  aamiin
Quote makadek 8-12-2022 03:09 PM
Aku tak suka dengar suara dia ..mcm takde tone tak lemak merdu ..halus tajam jah
Quote ayukpingu 8-12-2022 03:12 PM
nana pernah keje as tutor kan kat kolej?
Quote mrsbob87 8-12-2022 04:11 PM
ayukpingu replied at 8-12-2022 03:12 PM
nana pernah keje as tutor kan kat kolej?

bukan tutor, tapi cm bahagian sales/intake.. cari student masuk belajar dekat kolej tu
Quote ayukpingu 8-12-2022 04:31 PM
mrsbob87 replied at 8-12-2022 08:11 AM
bukan tutor, tapi cm bahagian sales/intake.. cari student masuk belajar dekat kolej tu

owh ye ke...kite lupa2 ingat la siss
Quote sharlenetexas 8-12-2022 10:16 PM
Sheols masih kerja dgn help university ke?


Quote DeLuna85 8-12-2022 10:58 PM
Bagusnya dia ni tak tergedik2 nak berlaki. Ke dia takut? Mana yang rapat dengan semua pendek umur.
Quote lyshafull 8-12-2022 11:03 PM
Semoga murah rezeki nana
Quote cicicumel 8-12-2022 11:04 PM
Dia ni mcm xde kawan je.
Quote Moyangkucing 8-12-2022 11:41 PM
Sekarang ni nama dia dah tak pudar lagi ke?.. rasa macam sama jer pudar nya.
Quote woven11 8-12-2022 11:47 PM
DeLuna85 replied at 8-12-2022 10:58 PM
Bagusnya dia ni tak tergedik2 nak berlaki. Ke dia takut? Mana yang rapat dengan semua pendek umur.

Choy mulut chuols
Quote Honey_Inara 11-12-2022 12:50 AM
Aku kalau tengok dibalik idola episod nana kat YouTube mesti nangis. Pandai nana bercerita, sampai la kesedihan dia tu kat hati aku. Lagi satu best episod erra.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.138331 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top