Sejak bergelar seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tahun lalu, pelakon Arja Lee mengambil keputusan meninggalkan bidang seni bagi membolehkan dia memberi tumpuan kepada karier baharunya itu.
Arja atau Azharudin Ramli, 39, berkata, dia tidak mahu lagi terbabit dalam dunia glamour sebagai seorang selebriti dan lebih tenang menjalani kehidupan tanpa sebarang kontroversi di Kelantan. "Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang... ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan. "Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.
"Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi," katanya kepada mStar.
|
somaki replied at 7-12-2022 08:11 PM
Dia ni duduk kat rumah pakcik iols nuu di kelantan.
sharlenetexas replied at 7-12-2022 09:10 PM
Taman apa? Kampus bachok ke? Ke pengkalan chepa?
syamzana replied at 7-12-2022 10:02 PM
umk ada byk kampus ke? ingatkan kat jeli tu je?
ADVERTISEMENT