CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikut Imej Anwar Ibrahim, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Tak Pakai Tali Leher

7-12-2022 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4556| Komen: 58

PUTRAJAYA - Mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini tampil berbeza apabila jemaah menteri tidak mengenakan tali leher.

Ia menerusi foto yang dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Twitter pada Rabu.


Turut kelihatan ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali juga tidak memakai tali leher seperti kebiasaannya.


Foto: Sinar Harian

Di dalam foto tersebut, kesemua menteri lelaki hanya memakai sut gelap yang dipadankan dengan kemeja rona cerah.

Difahamkan ia merupakan imej Anwar sejak dari dulu lagi dan beliau hanya akan pakai tali leher ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sidang Parlimen.


"Sebenarnya bukan tali leher yang penting, tetapi paling utama bagi Anwar ialah sebuah kabinet itu benar-benar berfungsi dan beri tumpuan kepada rakyat sahaja," katanya kepada Sinar Harian.



Ditanya sama ada terdapat arahan dikeluarkan, beliau berkata, tiada sebarang arahan sebaliknya semua anggota kabinet dilihat mahu memperlihatkan imej yang sama dengan Perdana Menteri.

Pada hari pertama menjejakkan kaki ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri, Anwar lebih selesa menggayakan baju Melayu berwarna merah jambu lembut lengkap bercapal.

Keesokannya pula, beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara selesa menggayakan baju batik berwarna ungu di kala penjawat awam lain lengkap mengenakan lounge suit.

Sementara ketika tampil di Kementerian Kewangan pada Selasa, beliau kekal dengan penampilan ringkas tidak memakai tali leher meskipun mengenakan sut pejabat. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 7-12-2022 08:53 PM
Masa tular dia tak pakai tali leher ada yg komen tah2 mmg lupa pakai.. selekeh la.. siap ada kaitkan dengan pakai tali leher tu simbolik penghambaan.. sebab tu anuar tk pakai tie.. sekali mmg betul eh.. sampai menteri2 semua ikut [em:4:]
Quote JunkMail 7-12-2022 09:00 PM
Syukurrrr...lepas ni ekonomi akan bertambah baik sebab menteri semua tak perlu beli tie
Quote margo20 7-12-2022 09:03 PM
Lps potong gaji 20% bole jimat lg takyah beli tie
Quote Nizleen86 7-12-2022 09:13 PM
Apa impak pada rakyat kalau pak menteri semua meeting tak pakai tie?
Quote Firenzza 7-12-2022 09:22 PM
Abis tu neck tie jibun yg yana pegang sapa nk pkai?
Quote Nham22 7-12-2022 09:28 PM
Boleh ke mcm ni
Quote Highflyer19 7-12-2022 09:28 PM
So ni lah pembaharuan yg dimaksudkan...bener2 mendahului zamannya...
Quote MissYouSayang 7-12-2022 09:29 PM
Ecok lusa x pakai coli spentot ulak
Quote menjad 7-12-2022 09:31 PM
Pm pakai capal
Pm tak pakai tie
Pm tuh
Pm nihhh
Pm kaki sentap

Kerja tak nampak apa lagi nih. Haih kata bekerja untuk rakyat. Asik up benda2 kecik yg tak perlu pun.
Quote zamzam 7-12-2022 09:33 PM
Dont call me papa.... Its a big impact to the economy...
Quote Goodluckdontcry 7-12-2022 10:48 PM
None of my business...suka ati lah nak pakai baju kemeja ke baju compang camping chaplin ke..xnk berbaju pun,ada aku KESAH... sila kurangkan merempan dan buat kerja mcm yg ko asik pung pang begitu begini waktu ko PM ikat tepi...ngertik kamu??huhhh
Quote Shayang 7-12-2022 11:08 PM
Eloklah ngarut je cuaca kat malaysia ni pakai tie, fungsi tie tu utk biar badan sentiasa panas.
Budak sekolah pun patut ikut takyah pakai tie
Quote Decaffeinated 7-12-2022 11:22 PM
Shayang replied at 7-12-2022 11:08 PM
Eloklah ngarut je cuaca kat malaysia ni pakai tie, fungsi tie tu utk biar badan sentiasa panas.
Buda ...


Fungsi tie untuk badan sentiasa panas? Baik ko cakap fungsi spender untuk celah kangkang sentiasa kepam.

Quote Highflyer19 7-12-2022 11:27 PM
Kah kah kah semua komen lawak...
Quote zie_indah 7-12-2022 11:38 PM
Kerja2 pak menteri ...tkyoh dok kisah tali tie sgtlah..huhu
Quote LoveSungmin 7-12-2022 11:39 PM
buat kerja la woiii tak habis² nak up isu remeh..
Quote lyshafull 7-12-2022 11:51 PM
Pening la sejak bang nok naik even bnde ke ik pun nk jdikan berita
Dekat twitter pun sama
Byk sgt bunyi last2 xde ape last sekali
Tu PH kalh dekat padang serai
Quote Radzor 7-12-2022 11:53 PM
Netizen yg jadikan isu.. dorg cuma ambik gambar kabinet je
Quote batu kikir 8-12-2022 12:02 AM
Nampak selekeh.....tak professional
Nak orang respek....... appearance matters.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.231308 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top